December 2009 Archives

Tahniah aku ucapkan di kepada Aida Gadis Melayu dan Saiful Nizam penyampai berita TV3 di atas pertunangan diorang berdua. Pasangan ini nampak sesuai dan aku boleh nampak kesecocokan diorang. Dari luaran aku boleh nilai mereka boleh jaga adab dan tatususila orang Melayu. Aida yang telah dinobatkan juara Gadis Melayu ternyata masih mengekalkan kesopanan beliau. Hehe.. Tahniah kepada Saiful sebab berjaya memikat hati Aida.

Aku harap diorang cepat-cepatlah berkahwin dan tak perlu lama sangat. Takut nanti macam-macam perkara yang akan berlaku. Kalaulah artis-artis lain boleh mencontohi mereka berdua ni. Kalau bertunang cakap bertunang, kalau dah kahwin cakaplah dah kahwin. Aku rasa diorang berdua ni selebriti dan terkenal jugak so tidak ada bezanya diorang ni dengan artis-artis yang lain. Betul tak wahai kalian? Hehehe.. Gambar majlis pertunangan diorang ada di bawah. Ada juga rakan artis yang hadir. Sambung baca lagi baiiii »


Woohoooo! Gambar Aishah Sinclair ni sememangnya scary kalau sesiapa terjumpa waktu tengah malam. Boleh buat bulu roma masing-masing meremang. Siapa yang tak takut tu sudah semestinya mempunyai tahap keimanan yang sangat tinggi. Syabas! Sebelum ini kita asyik tengok gambar muka Aishah Sinclair yang sentiasa kelihatan cantik namun kali ni aku tampilkan pada korang dari sudut perspektif yang berbeza (macam budak L.K. tak?)

Bukanlah Aishah Sinclair terlupa cara nak makeup atau tidak mampu membayar mana-mana jurumekap artis. Ini adalah makeup menggambarkan watak Aishah Sinclair di dalam telefilem Di Sebalik Bayangan Maya. Watak Aishah Sinclair terbunuh selepas jatuh daripada tangga. DIa memgang watak sebagai “Ika”. Telefilem ini akan disiarkan di saluran RTM tapi tak tahu bila . Hehehe.. Lihat kesemua gambar “Ika”. Sambung baca lagi baiiii »


Konflik percintaan tiga segi di antara Scha Alyahya, Awal Ashaari dan Fahrin Ahmad sudah sampai kemuncaknya. Hari ini wartawan Kosmo telah menemuramah Fahrin Ahmad mengenai terputusnya percintaan di antara dia dan Scha. Korang boleh baca lebih lanjut di artikel ini – Fahrin Bongkar Orang Ketiga? . Dimana di dalam artikel tersebut tidaklah menyebut secara tepat siapakah orang ketiga yang berada di ranjau kisah percintaan Fahrin dan Scha. Tetapi Kosmo telah mengaitkan hubungan rapat Awal Ashaari dan Scha kerana mereka sering berinteraksi melalui Twitter.

Fahrin tidak mahu memberitahu siapakah orang ketiga tersebut tetapi menyuruh seisapa yang ingin tahu supaya siasat sendirilah! Seperti korang sudah sedia maklum sebelum ini aku ada menulis gosip percintaan Awal dan Scha. Fahrin memberitahu pihak Kosmo yang dia bersikap professional ketika shooting untuk Sehati Berdansa 3 dimana ketiga-tiga artis ini terlibat sama. Masa shooting memang mereka professional, tapi selepas shooting masing2 tak bercakap sepatah pun.

Selepas keluarnya artikel ni di Kosmo Online, aku pun menyemak profile Twitter Scha dan Awal. Ternyata diorang berdua tidak boleh menerima kenyataan Fahrin di Kosmo. Scha tweet bahawa dia akan memberitahu kisah sebenarnya kepada semua orang. Mungkin harini ramai wartawan akan menyerbu Scha. Manakala Awal pula marah kerana Fahrin seolah-olah , seolah-olah menuduhnya sebagai pihak ketiga. Awal membalas dengan menggelar Fahrin sebagai sex-maniac!

Twitter : Awal Ashaari & Scha


OMG! Teruk juga lebam dan luka yang dialami Ummi Nazeera yang kononnya hanya terkena tepisan Remy Ishak. Mengikut pemikiran logik, mustahil hanya dengan menepis boleh mengakibatkan lebam dan luka sebegini walaupun terjatuh selepas terkena tepisan tersebut. Tenaga yang dikenakan ke atas satu tepisan tidaklah terlalu kuat sehingga boleh mengakibatkan kesan sebegini.

Menurut pembantu rumah Ummi Nazeera, dia telah menyaksikan insiden pergaduhan di antara Ummi Nazeera dan Remy Ishak. Dia nampak Remy Ishak melibas tangan dengan laju dan membuatkan anak majikannya terjatuh dan mengalami luka. Remy Ishak meminta dia tidak memberitahu perkara ini kepada sesiapa pun. Dia membantu Remy Ishak menangkat Ummi Nazeera yang terlentang dan diminta untuk mengambil bedak asas (foundation) untuk menutup luka dan lebam yang dialami Ummi Nazeera.

P/S : Remy Ishak sebelum ini dikatakan curang dengan kekasihnya untuk bercinta dengan Ummi Nazeera


Shila OIAM daripada kecil lagi sudah aktif dalam bidang nyanyian. Sudah banyak pertandingan yang sudah dia sertai daripada kecil sehingga dewasa dan akhir sekali dia menyertai program realiti One In A Million (OIAM). Mungkin bakat  serta sokongan daripada ayahnya ND Lala yang mebuatkannya bersemangat untuk meneruskan bidang nyanyian ini. Namun sudah lama masa berlalu, adakah Shila OIAM takut untuk bercinta kerana dia anak kepada ND Lala ?

Ada dua orang rakan artis Shila yang dikatakan ada hati dengan Shila. Dua rakan artis tersebut , Hanafi gitaris Estranged dan juga Hafiz juara Akademi Fantasia.  Hanafi selalu berkongsi tips bermain gitar dengan Shila dan sama-sama meminati Paramore. Manakala Hafiz pula memang seorang yang baik dan peramah. Hafiz lebih rapat dengan adik Shila lebih daripada Shila sendiri. Mungkin Hafiz mahu mengambil hati adik dan ibu Shila sebelum menyunting hati Shila .

P/S : Bijak membuat membuat pilihan :P


Makin lama makin berisi kalau kita tengok perut abang AC Mizal ni. Bukan main lagi sekarang selepas heboh cerita abang AC Mizal akan mengembangkan perniagaannya iaitu AC Konsortium yang sedang menjelajah satu Malaysia. Ada beberapa rakan artis abang AC Mizal yang menjadi orang penting dan menjadi tulang belakang kepada AC Konsortium. Mereka adalah Bagio, Aju dan juga Khai AF.

Sebelum ini abang AC Mizal sudah terkenal dengan gelang magnetik daripada Edymium. Tetapi sekarang abang AC Mizal menghasilkan produknya sendiri yang berunsurkan kesihatan juga tetapi kali ini dalam bentuk rantai. Abang AC Mizal sibuk mempromosi sehingga ke Indonesia. Ramai artis Indonesia yang dijemput hadir semasa perjanjian MOU dengan rakan niaga abang AC Mizal di sana. Irwansyah pun sukakan produk rantai magnetik keluaran AC Konsortium.

Boleh lihat aktiviti AC Konzortium daripada fan page : AC Mizal Fan Page Sambung baca lagi baiiii »