
Sebelum ni Alex Yoong pernah dipertaruhkan Malaysia untuk terjun ke dalam arena Formula 1 dan cuba mengharumkan nama negara. Masa tu Alex Yoong mewakili Malaysia dan pasukan Red Bull Sauber Petronas Minardi Team. Tapi nasib tidak banyak menyebelahi Alex. Kini Malaysia sudah mempunyai pasukan Formula 1 sendiri iaitu Lotus F1 Racing yang diterajui oleh Tony Fernandes dan Riad Asmat.
Pelumba muda negara iaitu Fairuz Fauzy telah diberi peluang untuk menyertai pasukan Lotus F1 Racing sebagai pemandu ketiga pasukan. Selain daripada Fairuz, dua orang pemandu yang lain ialaha Jarno Trulli daripada Italy dan Heikki Kovalainen daripada Finland. Fairuz amat gembira dengan kembalinya Michael Schumacher daripada persaraannya dan menyertai pasukan Mercedez Petronas.
Kemungkinan besar Fairuz akan berpeluang untuk bersaing dengan pemandu idolanya itu walaupun dia hanya merupakan pemandu ketiga pasukan. Fairuz berkata dia mungkin mempunyai peluang dalam perlumbaan dengan selepas F1 menetapkan peraturan baru iaitu no refueling. Ini dimana kereta pasukan akan diisi dengan tangki minyak yang penuh semasa di awal perlumbaan jadi kereta akan menjadi lebih berat. Fairuz sudah biasa dengan keadaan ini sebelum dia menyertai F1 lagi. Good luck kepada Fairuz!




