December 2009 Archives

Satu berita buruk untuk para gadis yang amat meminati Jimmy Shanley kerana ada sumber yang bagitau aku Jimmy Shanley sudah pun selamat ditunangkan dengan seorang gadis di Pulau Pinang. Wohoo! Tahniah aku ucapkan kepada Jimmy Shanley dan gadis Pulau Mutiara tu. Mungkinkah gadis tersebut seorang anak Mami yang pakai gelang emas berjela-jela sampai ke ketiak? Wakaka!

Nampaknya tanggapan aku yang Jimmy Shanley ada special relationship dengan Diana Danielle salah. Tak pasti bila tarikh yang tepat Jimmy dan gadis tu bertunang. Menurut sumber aku lagi, perikatan pertunangan diorang adalah selama setahun, wang hantaran bernilai RM19,000 dan mas kahwin RM10,000. Aku tak pasti sama ada nilai wang hantaran dan mas kahwin ni betul atau tidak. Tapi aku rasa macam banyak lagi je. Muahaha! Jimmy Shanley berada kot, nampak macam seorang yang well planned untuk apa-apa saja.

Apa pun kita doakan agar pertunangan ni tak ditimpa dugaan besar. Kalau nak senang , diorang ni kahwin je cepat-cepat. Buat ape tunang lama-lama sangat pun. Huhu.. Cuba korang tengok gambar-gambar ni, mungkinkah tunang Jimmy? Hoho.. Sambung baca lagi baiiii »


Jimmy Shanley adalah antara orang yang paling bertuah dekat dunia ni sebab dikurniakan bakat dan rezeki. Kalau tak silap aku bro Jimmy ada syarikat sendiri tapi dalam bidang construction and safety. Pandai dow belajar dekat oversea. Tapi kali ni aku nak cakap yang bro Jimmy bertuah sebab dia dapat bermanja-manja dengan Diana Danielle. Mak aih, siap peluk and urut-urut lagi. Masakan aku tidak cemburu. Hohoho..

Buat masa ni aku rasa Diana Danielle tidak ada boyfriend lagi lepas kes Diana dengan Syamsul anak lelaki Yusof Haslam. Mungkin dia tak bersedia lagi buat masa ni nak bercinta. Aku pun tak berkesempatan nak mempelawa dia keluar makan bersama. Ehehe.. Apsal? Mengapa tidak? Ahah! Walaupun sebelum ni ada kedengaran Diana rapat dengan Farid Kamil mat rempit paling hensem dekat Malaysia tapi Diana deny.

Jimmy Shanley bermanja-manja dengan Diana Danielle ni masa rakaman untuk Trek Selebriti. Kalau korang tak caya korang boleh tengok video dekat bawah. Kalau nak tengok yang full version punya, korang duduk la dekat Astro Ria tu sampai time Trek Selebriti punya show. Hoho! Aku rasa macam sesuai je diorang berdua ni. Maybe diorang ni dah mula rapat-rapat kot, kalau tak kenapa terserlah keselumberan Jimmy nak bermanja-manja dengan Diana. Fuhh! Sambung baca lagi baiiii »


Pada malam sebelum penganut Kristian menyambut Krismas, satu parti telah diadakan di Rootz sempena menyambut perayaan Krismas lah agaknya. Ada yang cakap, ramai juga orang Melayu yang sama sekali berparti pada malam tu. Turut terlibat beberapa orang artis terkenal antaranya Juliana Evans, Ridzuan Richie Ridzuan Hashim, Scha Alyahya, Juliana Evans, Awal Ashaari dan Qi Bloggerboy.

Malangnya parti tu kena serbu polis dan upacara urine test dilakukan. Kesemua artis yang ada tu negative urine test tetapi malang sekali buat bro Qi Bloggerboy selepas dia didapati positif mengambil dadah. Alahai bro, aku punya suka lakonan kau dalam Bloggerboy and Destinasi Bajet. Macam mana boleh kantoi ni bro? Selepas ni mungkin ramai peminat Qi atau nama sebenar dia Qushairi Mohammed Razali akan menonggeng sekejap atas kesilapan yang Qi lakukan.

Biasalah, setiap manusia ada dugaan masing-masing. Kalau tak silap aku orang lelaki ni ada 8 dugaan besar yang akan berlaku dalam hidup masing-masing. Mungkin ni salah satu dugaan besar buat Qi, so harap-harap bro Qi tak buat lagi dah tak hisap benda tak elok ni. Banyak lagi benda elok yang boleh dihisap. Auummm!

P/S : Awal, aku mintak maaf sebab ingatkan kau yang kantoi positif sebelum ni. Im sorry.


Oh yeahh! Dah lama tak berborak dengan abang sailorman. Ingatkan tenggelam dekat dasar laut, rupanya masih rancak berwifi di kedai mamak. Wakaka.. Abang sailorman merupakan antara member yang akrab dengan kami masa dekat SMSTJ dulu. Bagi sesiapa yang tak mengetahui langsung kapan mengertinya SMSTJ tu, silalah search dekat Google ya. Nescaya korang akan jumpa jawapannya. Search “SMSTJ”!

Aku rasa buat masa ni, abang sailorman ni lah yang paling kental mentalnya di antara geng-geng kitorang sebab sesungguhnya bukan mudah untuk layak dan menyertai geng-geng abang sailorman. Hoho! Korang pernah tengok Wipeout? Pernah tengok Fear Factor? Abang sailorman ni dah banyak kali buat macam program-program TV tu semua cuma dia punya lebih keras dan lebih dasyat. Muahaha! Memang sangat dasyat dan tak pernah kitorang terfikir pun. Masa zaman sekolah dulu ingatkan benda-benda tu mitos belaka. Sumpah! Aku tak sanggup nak menyertai abang sailorman kita ni. Huhuhu!

Dah nak dekat setahun tak jumpa abang sailorman. Malam tadi chat dekat YM siap webcam. Ingatkan nak video call tapi memandangkan mamak tu baru nak pergi upgrade Streamyx jadi 1MB esoknya. Ahah! Lambat betol mamak ni kesian abang sailorman. Borak punya borak, abang sailorman cakap dia dah lama tak balik. Kena berkawad dekat atas kapal je kerjanya. Mungkin tahun depan abang sailorman akan melawat kami di Seremban. Hooray! Abang sailorman merupakan pelengkap kepada kesengalan budak-budak ni. Haha! Jumpa lagi abang sailorman.


Pernah tak korang terfikir yang korang boleh buat duit dengan SMS ? Pernah tak? Fikir balik betul-betul. Kalau aku cakap dekat korang yang boleh buat duit RM10,000 dengan SMS mesti korang tak percaya. Buat duit dengan SMS yang aku nak syorkan dekat korang ni bukan buat duit topup atau reload tu semua. Itu memang susah la kan. Nak topupkan dekat berapa orang tu. Muahaha! Topup pun untung dia berapa sen je. Buat duit dengan SMS ni lain daripada yang lain. Sehari RM500 tu memang takde hal lah. Serius!

Aku nak memperkenalkan pada korang, Hypro Bulk SMS! Masa pertengahan tahun haritu aku pernah tengok iklan pasal Hypro Bulk SMS ni dekat Berita Harian. Masa tu aku tengok macam suam-suam kuku je Hypro Bulk SMS ni. Ya lah, berapalah sangat untung kalau buat duit dengan handphone ni. So masa tu aku abaikanlah. Hehehe.. Sebab aku lebih berminat duit dengan blog dan program make money online yang lain.

Satu haritu, sorang kenalan rapat aku yang juga seorang internet marketer (usahawan internet) PM aku dekat YM. Macam biasa chat anya khabar dan tanya apa perkembangan projek masing-masing sekarang. Aku dapat tahu daripada dia yang dia tengah buat duit dengan sistem SMS. Atau lebih dikenali sebagai Hypro Bulk SMS. Lepas tu kitorang bincang dengan lebih mendalam, sistem SMS diorang memang terbaik! Patutlah dia da dah dapat RM2,500 dalam masa 5 HARI SAJA!

Aku teruja dengan semua screenshot income yang dia bagi dekat aku. Fuhhh! Walaupun buat hanya part time saja, pendapatan sampingan dia lebih banyak daripada gaji dia sekarang. Muahaha! Sudah pasti aku pun berminat di atas kejayaan kawan aku yang juga seorang internet marketer ni. Tunggukan daku! Hehehe.. Kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut, korang boleh Download Laporan Hebat ini.

Apa yang pasti, sistem Hypro Bulk SMS ini memang menarik perhatian aku. Korang teka sendirilah aku dah join ke belum. Hohoho! Pihak Hypernet Resources sudi untuk membantu korang yang kurang mahir di dalam internet marketing untuk turut menyertai Hypro Bulk SMS ini. Laporan Hebat ini adalah percuma sahaja jadi korang tak perlu takut untuk mengetahui apakah sebenarnya sistem Hypro Bulk SMS yang diwar2kan oleh pihak Hypernet Resources ini.

Ini ada berita baik daripada pihak Hypernet Resources. Mereka ada menyediakan program PPL iaitu Pay Per Download untuk korang sertai. Caranya mudah saja, kalau korang join as affiliate PPL di sini -> Daftar <- , setiap orang yang download Laporan Percuma ini daripada link korang, korang akan dapat komisyen sebanyak RM0.50 . Banyak tu! Diorang tak perlu bayar apa-apa, hanya perlu download saja dan korang dapat RM0.50 .

Sorang Download , Korang Dapat RM0.50

Jadi bagi sesiapa yang tak pernah merasa lagi income daripada internet, korang bolehlah join affiliate PPL ni. Program PPL ini akan tamat pada 31 Januari 2010. Jadi baik korang register percuma sekarang dan terus sebarkan Laporan Hebat ini dekat kawan-kawan korang. Aku dah join dah PPL ni, korang bila lagi. Muahaha!


Tania Hudson masih lagi baru dalam dunia seni dan hiburan Malaysia. Aku rasa ramai yang pernah ternampak Tania Hudson di mana-mana tapi diorang tersilap anggap dengan Natasha Hudson kerana wajah diorang memang hampir 100% sama. Tania Hudson merupakan adik kepada Natasha Hudson. Muka memang cantik sama macam Natasha Hudson. Tapi korang jangan terkejut kalau korang jadi boyfriend Tania Hudson nanti, sebab dia ada parut dekat kepala. Pernah buat operation dekat kepala satu ketika dulu. Aku rasa aku takkan terkejut nanti sebab aku dah tahu. Muahaha!

~ Nantikan Tania dalam drama ‘Mayang Mengurai’ untuk slot Lagenda di TV3 Januari depan ~

Tani taknak dia dikenali sebab dia merupakan adik kepada seorang pelakon yang popular, tetapi dia mahu dikenali sebagai artis yang berbakat dan mempunyai personaliti tersendiri. Memang banyak keserasian di antara Tania dan Natasha tetapi mesti ada sesuatu yang Tania miliki untuk menjadi lebih komersial daripada Natasha. Aku harap Tania belajar daripada akak dia sendiri. Cuba tengok gambar-gambar Tania dekat bawah , memang hampir serupa kan? Sambung baca lagi baiiii »