December 2009 Archives

Nasi goreng oh nasi goreng. Dalam seminggu boleh kata 6 hari berturut2 aku dengan budak rumah aku akan makan nasi goreng. Kompom! Kalau tak nasi goreng cina, mesti nasi goreng kampung, lepas tu nasi goreng ikan bilis pulak. Macam2 jenis nasi goreng lah. Hahaha.. Itu je yang kitorang tau dan mampu nak masak. Laju sikit kalau masak nasi goreng sebab tak banyak benda nak kena buat. Ikut hati memang nak try masak mee goreng ke kuew teow goreng ke tapi rasa macam leceh pulak nak masak. Muahaha! Kami bukan malas, tapi cuba bersikap simple and easy.  :P

Aku rasa dalam kitorang 3 orang, akulah yang paling hebat masak nasi goreng walaupun diorang tak mengakuinya. Namun aku yakin dengan diri sendiri yang aku paling hebat masak nasi goreng dan beranggapan diorang hanya cemburu dengan gaya dan sambutan nasi goreng aku. Hohohoh! Memang  sudah terbukti kot nasi goreng aku paling sedap dan unik sbab diorang sendiri cakap sedap masa diorang makan. Boleh tengok kat muka laaa.. Your faces cant fool me la Mario , Naim. Wakakaka!

5 tips untuk kelihatan hebat sebagai pemasak nasi goreng :

  • Masak apabila korang diminta untuk masak sahaja
  • Potong bawang putih dan merah dalam gelap tanpa lampu
  • Biarkan diorang amik nasi goreng dalam kuali, tak perlu hidang
  • Masak nasi goreng dalam kuantiti yang sikit
  • Jawab tak tahu bila ditanya siapa yang masak, agar menjadi suatu misteri…….

P/S : Jom kutuk blog ni ramai2 – www.ZubairMedia.com


Haaaa!! Penteclah weii!! Wakakaka!! Mesti ada yang rasa lawak dan marah bila baca titile blogpost yang macam ni. Bunyinya seakan2 mencarut je kan. Tak pasal2 rice cooker murahan dekat rumah aku brand PENTEC ni menjadi mangsa aku kali ni. Nasib kau lah wahai Pentec, nak buat macam mana dah nama kau memang macam ni sejak aku beli kau lagi. Aku beli kau dekat Pacific dekat dengan simpang nak pergi sekolah TKC ( Tunku Kurshiah College) tu. Dekat ke? Dekatlah kalau naik kereta or motor kan. Kalau jalan kaki kompom2 mandi air masin.. Hohoho..

Banyak jasa Pentec ni dekat aku, setiap kali kelaparan memang aku gunakan Pentec ni sebaik2nya nak masak nasi. Kalau ada duit lebih sikit, aku tak gunakan Pentec ni. Aku akan makan roti canai dekat mamak je. Kalau sangap, memang Pentec ni lah yang akan membantu aku ketika lapar. Tapi kadang2 Pentec ni buat sengal jugak kalau masa nak masak nasi. Setiap kali masak aku akan buat kerja lain dulu. Tak pernah pulak aku dengar ada orang masak nasi dengan rice cooker murah lepas tu terjegat dekat depan rice cooker tu tunggu sampai masak. Gilo namo ehhh!!

Masa dulu kadang2 aku keseorangan dekat rumah, aku masak nasi pastu sambung main game. Kadang Pentec ni akan buat bunyi, “Tektek, tetek, teketek, tek tek tetek”. Masa mula2 dulu tak sedar aku ingat bunyi orang ketuk pintu dengan jari jemari yang halus macam kuku hantu. Muahaha! Kadang2 ingat ada hantu ketuk sliding door rumah aku. Rupa2nya bunyi Pentec. Wakakaka! Memang sesuailah nama kau Pentec!!

P/S : Aku tak mencarut dalam post ni ya. Muahaha! Pentec amik gambar malu2 nyorok belakang cawan.


Walaupun drama Nur Kasih dah habis dah, tapi aku tetap nak cerita pasal pelakon2 Nur Kasih. Hoho! Sepanjang drama Nur Kasih tersiar dekat kaca TV rumah masing2, semua orang asyik2 cerita pasal Tiz Zaqyah yang bawak watak Nur Amina tu. Tapi ramai yang kadang2 terlupa pasal Ummi Nazeera yang bawak watak Siti Sarah dalam drama Nur Kasih tu. Aku yakin sangat2 yang ramai orang membencikan watak Siti Sarah ni daripada awal episod drama Nur Kasih ni sehinggalah ke episod akhir. Tapi masa episod akhir tu, watak Siti Sarah dah mula berbubah menjadi watak yang lebih mulia. Hohoho!

Ummi Nazeera ni kalau tak silap aku, girlfriend si Adam dalam Nur Kasih tu atau nama dalam dunia artis dia Remy Ishak. Macam manala perasaaan si Ummi Nazeera ni bila Adam bermanja2 dengan Nur Amina. Huhuhu.. Aku rasa kalau budak perempuan lain, memang terbakar kalau tengok boyfriend diorang bermanja2 dengan orang lain walaupun atas dasar menjalankan tugas bersama2. Muahaha! Aku rasa Ummi Nazeera perlu berjaga2 sikit sebab haritu aku ada terbaca yang Jueliana Aziz tengah rapat dengan Remy Ishak. Kalaulah aku jadi Remy Ishak pun pening nak pilih mana satu. Dua2 mantap! Auummm!!

P/S : Owh gadis comel :P


Semua orang nak bercinta tapi semua orang pernah bercintakah? Haha.. Jadi aku nak tanya korang yang tak pernah dan pernah bercinta ni, ketiga2 gambar Salima AF4 dan Afif Mystarz LG ni dalam keadaaan bercinta ataupun tengah amik photoshoot saja? Bagi akula, nampak diorang ni dalam keadaan tengah bercinta. Tapi tak tahulah kalau diorang cakap diorang ni memang kawan baik daripada sekolah rendah lagi. Hohoho!

Nak kata photoshoot pun, takkanlah dekat tiga set berbeza. Cuba tengok setiap gambar tu, background semua berbeza2 kan? Ade gambar pakai sedondon warna putih lagi, gambar pakai baju kurung and baju melayu macam nak pergi beraya pulak. Sah2! Memang dilamun cinta ni aku rasa. Salima AF4 pun senyum lain macam je aku tengok. Hehehe.. Suka la kot dapat teman lelaki macam Afif. Cubalah mana2 majalah hiburan Bipop, Pancaindera or Melodi tanya dekat diorang ni kan. Tengok diorang jawab macam mana. Sama ada no comment, teman tetapi mesra, teman sekerja or “Ooo! Kitorang memang nak kahwin tak lama lagi”. Muahaha!

Waaa! Sedondonnya mereka!

Kalau betullah diorang ni bercinta, mintak2 berkekalan lah. Dah banyak kali aku cerita pasal artis bercinta dekat blog aku ni dan setiap kali tu lah aku mintak diorang berkekalan sampai bila2. Doa tu wahai artis sekalian :P Kang kalau clash nanti nak bercinta dengan artis jugak. Pastu kang kena berlakon or duet nyanyi dengan ex masing2 susah pulak nak wat kerja. Mulut memang cakap professional, dalam hati sape tau ye tak. Artis ni lain macam sikit, kang dah tak ingat dunia sampai main bomoh2 pun ada.Do u agree my fellow readers? (dah lame gila tak buat essay) Ok2. Korang tengok semua gambar sekali. Klik perkataan more dekat sebelah ni. Sambung baca lagi dow »


Lawak ni adalah hasil nukilan seorang brader seperti yang korang tengok dekat atas tu. Muahaha! Masa aku tengok status Facebook member aku malam tadi memang tergelak besar aku dow. Hahaha! Tak menahan lawak ni bagi aku. Kenapalah lambat sangat lawak ni dihasilkan. Kalau tak dah lama benda ni akan menjadi tagline baru Astro. Siapakah bakal menjadi model dalam iklan tersebut? Adakah adik comel yang sememangnya terkenal dengan Astro dan burung untanya, ataupun jaguh Kampung Basikal dalam arena kerempitan. Muahaha!

Adakah anda seorang mat rempit? Apakah pandangan anda terhadap kehidupan anda sekarang dan apa kebaikannya untuk masa depan anda? Kalau dalam kubur tu boleh bawak masuk sekali motor, memang sah2 semua mat rempit sanggup buat part time nak cari duit lebih tempah kubur special macam tu. Tapi kebanyakan orang berpendapat, nyawa seorang mat rempit memang diorang dah letak kat jalan raya. Diorang ni memang hati kering beb! Diorang ni asal nampak selekoh je, ape lagi gesel ekzos kat jalan la. Huhuhu!

P/S : Insaflah wahai mat rempit, hidup ni singkat


Sabtu harituh aku dengan member2 makan malam dekat 1Station Seremban dekat Terminal 2. Sebelum ni aku dah pernah try sekali makan dekat sini sebab 1Station ni pun baru je bukak lagi masa tu. Lepas tu dahla agak jauh sikit daripada rumah aku, so agak jarang berpeluang ulang alik dekat Terminal 2 ni. Kalau datang pun nak lepak tengo wayang je. Hoho! Masa mula2 datang nak test makan dekat 1Station ni, aku bajet2 takdelah mahal sangat and aku bajet harga dia macam makan dekat Old Town jelah kan. Tengok2 rupanya lagi mahal daripada harga Old Town. Lari bajetlah masa tu tapi masih lagi mampu bayar. Muahaha!

Dinner malam tu adalah sempena keputeraan raja pailang Pataya. Hohoho.. Nasib kitorang malam tu memang baik gila kot. Ada orang yang belanja makan. Mak aihhhh.. Order sakan la kan.. Masa ni lah nak pancung kepala si “pembelanja”. Huhuhu.. Makanan dekat situ semua boleh tahan best. Budak2 ni ramai yang pakat makan chicken chop dengan lamb chop. Tapi ade sorang member aku yang terlalu bijak, dia makan lum mee je. Caitss.. Tu makan dekat Old Town pun boleh. Camne la nak pancung kepala si pembelanja habis-habisan.

Dummy Amik Gambar!Wakakakka!

Suasana dekat dalam 1Station tu memang agak memekakkan telinga. Kitorang nak cakap pun kena menjerit. Ramai gila orang masa tu, semuanya orang Cina kecuali dekat table kitorang. Wakakak! Semua orang dalam tu dah terpandang2 kitorang je. Ahah! Dahla ramai orang Cina, band yang perform malam tu pun orang cCina. Perghhh! Memang baik lah kan, satu hapah aku tak paham diorang nyanyi apa. Tapi perfomer tu memang dah buat kitorang gelak gila babeng sebab dia nyanyi memang pelik gila2. Siap buat bunyi gitar Cina guna mulut je. Handa boto kau ni jang!

Malam tu aku makan dengan bersemangat sekali sebab lepas je habis makan, kena tengok EPL. Malam tu Man Utd lawan Portsmouth dan sudah semestinya Man Utd menang dengan bergaya 4-1. Hohoho! Dahla makan besar malam tu, perut pun kenyang, Man Utd pun menang besar! Fuuhhh!! Memang complete set betul malam tu. Hahaha! Gambar2 yang lain ni korang tengok2 lah. Mana tau nak test 1Station dekat area korang ke. Sambung baca lagi dow »