
Akhrinya Eja tidak lagi merahsiakan kisah ahli keluarga selepas kelahiran anak pertamanya (perempuan) Nur Eishal. Cantik dan unik nama kak Eja. Walaupun bertalu-talu komen orang pasal ahli keluarga dia lebih2 lagi suaminya satu ketika dulu, tapi kak Eja sentiasa bersikap tenang dan cool. Takde nak menggelabah macam ada sesetengah artis yang langsung tak boleh dikomen oleh peminat. Ni dunia maaa, mana ada semua orang nak komen yang baik2. Awak dah tahu artis selalu dikritik, so terima la kritikan tu samada membina or membunuh. Muahaha!
Sudah lebih 10 tahun berumah tangga dengan abang Mohd Silahuddin kini barulah kak Eja dapat menimang anak pertama. Bukannya apa, asyik busy dengan kerja je mana lah ada masa. Kerja pulak ade kontrak berbulan-bulan so kena patuhi gak particular2 dalam kontrak tu. Sejak kebelakangan ni kak Eja pun masih busy dengan menjaga Nur Eishal yang kuat menyusu katanya. Selang sejam dua Nur Eishal akan menangis lepas tu bila disusu senyap la dia. Apa2 pun aku ucap tahniah dekat kak Eja dan suami sebab dapat baby yang comel ni.
P/S: Senyap je Nur Eishal depan orang ramai. Sombong. Haha!







