December 2009 Archives

Hanya beberapa jam saja lagi kita semua akan melangkah ke tahun baru 2010.

Masing-masing dengan harapan dan azam masing-masing dan aku harapkan kita semua menjadi yang lebih baik dari segi perkara yang positif.

Usia makin meningkat dan ajal masing-masing pun makin dekat.

Orang Islam perlu bersatu dan bukannya berbalah di bawah bumbung yang sama.

Mereka sudah siap sedia dengan propaganda mereka.

Aku harap para pembaca blog aku ambil berat dengan azam masing-masing, jangan ulang kesilapan yang sama pada 2009.

Thanks a lot readers!

Terima kasih banyak-banyak kepada pelawat dan pembaca blog aku yang hadir secara direct, referral link mahupun search engine. Aku amat hargai kesetiaan korang dengan blog aku. Diharapkan blog ini akan bertambah baik dan boleh menyenangkan hati korang sambil-sambil mengikuti perkembangan personal aku. ya lah, blog personal kan.

Selamat tahun baru geng! Sinar 2010 akan datang jika kita berusaha! Suwaikom!


Ini gambar lama yang aku dapat daripada Mario. Aku tak tahulah nak percaya atau tidak. Tapi apa salahnya kalau kita sama-sama berbincang kesahihan gambar JFK ni. John F Kennedy ni Presiden Amerika yang telah mati dibunuh. Orang cakap dia kena bunuh sebab John F Kennedy cuba nak beritahu dekat orang awam dan semua rakyat Amerika mengenai rahsia besar kerajaan. Mungkin ada pihak yang telah merancang semua ni untuk mengelak rahsia kerajaan tu dibocorkan. Korang rasa macam mana? Adakah ini propaganda?

So, gambar JFK dengan gadis-gadis bogel bak pelacur murahan Malaysia ni tak tahulah betul ke tidak. Mungkin diorang saja nak perburuk-burukan JFK so orang ramai boleh lupa pasal kematian head shot dia tu. Tapi kehidupan orang Amerika, berbogel-bogel ni dah biasa dah. So tak tahulah kan. Sebab public figure and selebriti yang kantoi bogel memang dianggap teruk sikit. Padahal untuk rakyat Amerika, berbogel tu perkara biasa. Ada yang cakap gambar ni memang confirm takde edit guna Photoshop dan jelas asli. Kalau korang nak tahu lebih lanjut, korang lepak dekat ZubairMedia.com .


Sememangnya hari paling bahagia dalam hidup Serina akan bertambah ceria dengan barang kemas yang ditaja oleh Habib Jewels. Jumlah harga barangan kemas yang akan dipakai oleh bakal pengantin Serina adalah bernilai lebih daripada RM2.5 juta. Nasib baiklah Habib Jewels tak bagi free je untuk diorang, kalau tak aku tak tau nak cakap apa. Huhuhu..

Meriah betul majlis perkahwinan Serina dengan Gavin Edward O’luanaigh atau nama islamnya Salahudin Ghafar sampai orang luar negara pun nak datang. Banyak negara juga yang akan berpeluang untuk tengok majlis perkahwinan Serina ni. Ya lah, anak chef tersohor dekat satu dunia, siapa pulak tak nak tengok. Aku tak pasti aku akan tengok ke tidak, tapi aku cuba untuk merajinkan diri nanti. Hehehe.. Selepas tengok gambar dekat atas, aku dah tau dah kenapa Gavin boleh sangkut dengan Serina. Ahah!


Haha! Lepas ni korang try lah tanya kedai mamak area rumah korang. Tengok apa diorang jawab. Mungkin lagi kreatif daripada mamak area Seremban ni. Muahaha!


Akhirnya dapa jugak aku tahu siapa sebenarnya yang bertakhta di hari Marion Caunter. Sebelum ni dapat tahu yang teman lelaki dia orang Melayu jer, tapi aku tak tahu lah siapa kan. Lepas aku melepak di Roti Kaya, baru aku tahu yang Marion Caunter sekarang bercinta dengan boss besar NAZA, SM Nasarudin. Wow! Dasyat sekali Marion punya teman lelaki. Sunnguh bertuah sekali beliau keran setiap malam mesti mimpi kereta yang cun2 je. Buatan Malaysia punya kereta dah tak pandang dah. Ahaha!

Siapa yang approach siapa dulu tu aku tak tahu. Korang rasa-rasa siapa? Di antara SM Nasarudin dengan Marion, mana satu yang mula-mula sekali terkena angau. Wakaka! Sanggup pulak Marion ni bercinta dengan orang Melayu. Baguslah, hopefully Marion boleh convert jadi seorang muslimah dan isteri yang soleh. Hohoho. Mungkinkah? Gambar dia atas mungkin korang terfikir yang SM Nasarudin ni berkongsi kasih. Cuba tengok gambar dekat bawah ni pulak. Sambung baca lagi baiiii »


Yezzaaaaaa! Ayam KFC memang sedap gila lebih-lebih lagi bila ianya di saat-sat aku memerlukannya sangat-sangat. Muahaha! Aku boleh tahn jugak la hantu ayam KFC, kalau ada yang tak habis makan memang aku sapu. Apsal nak membazir dowh, baik habiskan malam ni jugak. Muahaha! Ahhhhh! Budak-budak lain bajet kenyang je tu. Mane boleh simpan ayam KFC ni, makan esok dah tak sedap dah. Setuju? Mesti setuju punya la.

Aku bersyukur ke hadrat ilahi sebab lately memang selalu dapat makan ayam KFC free. Boleh kata hari-hari la. Takpun dalam seminggu, miss sehari dua je tak makan KFC. Mak aih! Entah apo sodap eyh tah! Hahaha.. Mahal dow nak makan KFC kalau hari-hari g beli. Aku tak kaya macam korang, aku orang susah mana mampu nak beli KFC hari-hari. Korang senang la, mintak kat mak bapak korang kompom dapat punya kan. Hohoho..

Terima kasih aku ucapkan kepada Naim rakan serumah aku yang berpart-time di KFC. Ahaha.. Orang Cina panggil dia Nayem and orang India pulak panggil Nahim. Yelah, lain kaum lain lidahnya nak menyebut. Asal Naim balik je mesti bawak buah tangan. Aku dengan Mario pun asal dia balik buat-buat tidur tunggu Naim kejut bangun ajak makan KFC. Padahal memang dah berharap nak makan KFC ni. Wakaka! Biasa la kan ayat orang Melayu, ” Aishhh Naim, susah-susah aje nak bawak balik makanan ni.” Muahaha!

Kesian aku tengok Naim ni, kerja tak menentu. Sambil-sambil tu dia nak belajar jugak buat duit dekat internet ni. Memang secara basicnya, kalau korang nak rasa feel buat duit dekat internet memang korang kena ada blog. Sebab nanti dari situ korang akan belajar macam mana flow orang buat duit di internet ni. Macam mana, bagaimana dan mengapa boleh buat duit di internet. Selain tu korang boleh la belajar mengenai coding jugak. Naim punya blogĀ  ni, NaimSymphony.com .