Aku takdelah budak2 sangat nak layan lagu Miley Cyrus yang kebudak2an ni. Tapi kali ni aku memang tak dapat nafikan yang lagu Miley Cyrus – The Climb ni ada unsur2 untuk semua orang. Masa dengar2 lagu ni dulu aku rasa macam biasa je tapi dah mula minat jugak la. Lama2 lepas tu aku layan lagu ni ulang2 dah jadi suka gila kot. Lagu ni memang boleh bagi motivation la dekat sesisapa pun aku rasa. Kalau diorang tak rasa motivate tu, maybe diorang tak paham English. Kena masuk class dulu baru boleh layan. Ahah!
Aku rasa sesiapa pun boleh dapat inspirasi daripada lagu The Climb ni. Bila kita dah success, kita jangan lupa zaman kita susah2 dekat bawah dulu. Bila kita tengah down, kita boleh ingat balik macam mana kita mula2 nak success dulu so boleh buat kita rise up balik. Tapi lagu The Climb ni memang layan dow. Terasa jugakla macam kita dah amik satu long journey yang berbukit-bukau. Muahaha! Ok, sila layan video dekat atas. At least , dengar la lagu dia tu.









One Response