
Haha! Aku tahu badan macam ni mesti menjadi pujaan setiap insan yang ada belalai dekat depan. Ohoho! Mungkin korang ade perasan muka brader ni. Sekarang pun muka dia selalu sangat kuar dekat drama Tari Tirana tu. Aku tak tahu apa nama watak dia dalam cerita tu tapi dia ni watak utama la kan. Bukan ape, aku tak layan sangat la shuffle2 ni, tektonik ke, teranik ke, kotetek ke. Aku pun tak tahu kenapa aku tak berminat, korang rasa? Muahaha. Kalau nak beriadah aku prefer bersukan la. Bukan menari-nari ni. Tarian aku mahal! So mane boleh selalu tunjuk2 kat orang ramai kan.
Aku rasa korang pun mesti ada perasan muka brader ni dekat mana-mana magazine dan iklan komersial dekat TV tuh. Nama dia ni Ammar Alfian Aziz. Dia ni bertambah terkenal dekat masyarakat Malaysia lepas heboh gambar kontroversi dia mandi kolam dan kiss bekas kekasih aku Puteri Sarah Liyana yang kini kekasih Ammar Alfian Aziz ni. Ohohoho! Kemudian ada orang jumpa gambar dia tengah pose untuk iklan magazine mana ntah yang agak-agak bogel jugaklah.
Aku ada jumpa satu blog yang backup Ammar Alfian Aziz ni. Cuba baca -> Ammar Alfian VS Richie
Rupa-rupanya Ammar Alfian dah lama glamour dalam bidang modelling ni. Tapi dia lagi terkenal dekat peringkat antarabangsa. Baru-baru ni je dalam setahun dua dia balik dekat Malaysia nak cuba cari rezeki kat sini. Dia pernah masuk Hero Remaja tapi tak dapat masuk final sebab Hero Remaja bukan setakat nak badan sedap and hensem je. Tapi doa sembahyang pun diorang tasmiq. Jangan terkejut! Tak percaya pergilah try masuk bagi sang lelaki. Haha!
Ammar Alfian Aziz ni memang ade bakat kan dalam modelling? Aku tanya korang nih. Haha.. Harap-harap lepas ni takdelah kontroversi pasal dia ni. Bakat kena guna sebaik-baiknya ye tak. Tapi cara orang Islam dengan agama lain memanglah lain kan. Masing-masing dah tahu yang mana harus diikutkan. Peace ya au au!
P/S : Setiap insan berhak berubah ke arah lebih baik


Dah agak lama jugak la aku tak melantak KFC ni. Yelah dulu sibuk berpuasa ye tak. Tapi kawan-kawan aku selalu jugak pergi McD masa bulan puasa aritu. Tak tahu la aku diorang pergi masa pagi, petang or malam. Muahaha! Sejak kebelakangan ni aku lebih sayangkan McD daripada KFC. Jadi sebagai melepaskan rindu terhadap KFC, aritu masa aku dengan Hafreze pergi jumpa client daripada Singapore aku order KFC X-Meal saiz besar. Hoho! Aku tak join sekali meeting dengan diorang, aku sekadar pak pacak yang malas nak tahu apa-apa. Jadi aku terus pergi ke KFC di Jusco Seremban 2. Masa tu diorang tengah meeting dekat Starbuck.
Masa kecik-kecik dulu if ada je mainan yg KFC promote dekat TV aku mesti beli punyalah. Tapi dah tua-tua ni aku macam tak berminat la plak kan dengan mainan yang diorang offer tu. Tapi baru-baru ni KFC cakap nak bagi kereta Volkswagen percuma dekat sape-sape je yang beli X-Meal. Semua orang tau yang kereta Beetle Volkswagen memang menjadi pujaan ramai. Tapi nak beli kereta yang betul, mahal gila kot. So aku beli je la permainan Beetle Volkswagen yang KFC promote ni. Haha! Boleh tahan jugakla. Ada gaya-gaya hot weels jugak. Tapi kereta ni takdelah besar mana, besar mouse aku je. Papehal pun layan je la main menatang ni haaaa ~





Kelmarin, Qabil Ambak telah mengumukan yang dia takkan kahwin dengan Fasha Sandha. Dia juga mengaku yang dia nak kahwin tak lama lagi dan sah-sah memang bukan dengan Fasha Sandha. Dulu pernah jugak dia (Qabil Ambak) dan Fasha Sandha merancang nak berkahwin, tetapi semuanya tak menjadi kenyataan. Kemungkinan ada tok dukun tak bagi diorang berdua ni kahwin sebab nanti takde ONG. Ahaha! Gurau kasar jap
..
Fasha Sandha pulak rasanya dah ada pengganti kepada Qabil Ambak. Kedengaran Fasha Sandha akan berkahwin dengan Datuk awal tahun depan. Tak tahulah kalau orang tu silap bagitau dekat aku kan. Aku pun hairan jugaklah apsal susah sangat lah Fasha Sandha ni nak kahwin. Aku rasa semua yang pernah digosipkan dengan dia semua yang TERBAIK dah tu. Takde cacat cela pun. Duit banyak. Rupa pun ada. Entah-entah mak Fasha Sandha kot yang memilih sangat. Manalah tahu kan, mak nak control. Papehal pun, kalau korang nak kahwin, kahwin jer la. Kalau tak nak jangan buat propaganda awal-awal pulak. Callo beteyh!


Boleh tahan jugaklah awek si Black Mentor ni. Kalaulah lalu depan aku dengan kawan-kawan sekolah aku. Kitorang mampu nak jeling jugaklah. Takdelah angker pun awek dia ni. Hua3! Kejam tahap 20 petala langit! Bukan main manja ek awek Black Mentor ni. Suka pulak dia amik gambar tenung-tenung mata rapat-rapat. Ala-ala sweet la tu ek ? Lokasi tempat dating diorang ni aku tak dapat nak kenal pasti. Tapi sudah tentu dalam shopping mall.
Mesti masa diorang dating ni masa bulan puasa yang lepas. Dan kemungkinan besar nama awek dia ni Athna. Cuba korang tengok gambar yang dekat bawah ni. Kertas tu nampak macam booking dengan nama ATHNA. Aku rasa betul dan aku tak rabun lagi. Ahah! Persoalannya di sini, awek ni dah couple dengan Black Mentor sejak sebelum Black menjadi juara Mentor ataupun selepas dia menjadi juara ? Ini merupakan persoalan yang bermain dalam benak kepala aku dan bukanlah impian aku nak menawan hati awek ni. Hohoho!

Huh! Bayar la sendiri makanan ni!

Polok sikit haaaa!

Bagi aku, gigi ni boleh dikatakan aset penting untuk setiap insan. Sebab ada juga orang yang kurang keyakinan nak berhadapan di khalayak ramai disebabkan gigi mereka. Percayalah! Mereka wujud ! Hehehe.. Ada yang sanggup habiskan beribu ringgit untuk gigi pun ada jugak. Apa-apa pun gigi ni kena jaga awal-awal lagi, daripada kecik kena jaga. Kalau suka sangat makan gula-gula habislah. Ramai je budak kecik sekarang ni aku tengok hitam-hitam, rongak pun ada jugak! Ni semua sebab makan gula-gula tak ingat dunia ni. Hohoho!
Bagi yang kuat hisap rokok pun kena jaga jugak dow. Kot lama-lama nanti berkarat tu payah sikit tu. Nak cium awek susah nanti, kang tak merasa cium awek nanti. Haaaa.. Rugi besar tu bro! Haha! Gurau kasar sikit haa
Tapi kalau gigi cantik, mesti awek suka punyalah. So jaga-jagalah gigi korang tu. Kalau korang lagi sayangkan band Gigi dari Indon tu daripada gigi korang sendiri, tu dah parah sangat dah tu.
Aku rasa jalan yang terbaik adalah gosok gigi setiap hari masa mandi. Kalau nak extra tu, korang gosok gigi setiap kali lepas makan. Floss gigi pun wajib jugak setiap malam sebelum tidur, baru gigi tu caya sikit bersihnya. Hoho! Baru-baru ni aku ada beli satu benda untuk jaga gigi jugak. Boleh lah buang apa-apa yang patut dekat gigi korang tu. Budak-budak Watson panggil benda ni Tooth Stain Eraser, aku pun tak tahu nak panggil apa benda ni. Panjang sangat nama betul eyh. Takpe, asalkan aku tahu benda ni untuk apa. Haha! Benda ni korang guna lepas korang berus gigi, lepas tu kumur-kumur dan barulah boleh guna benda ni. Tonyoh-tonyoh sikit gigi tu. Benda ni tak boleh pakai selalu sangat, just guna 2-3 kali je dalam seminggu. Selamat mencuba!


Pada tarikh 29 September 2009 telah tertabalnya Umie Aida sebagai tunang kepada Datuk Paduka Khairuddin. Agak lama jugaklah Umie Aida ni tidak berpasangan. Mungkin pernah berpasangan dengan orang lain tetapi tidak diketahui umum. Pandai ek dia sorok kisah cinta dia. Bagi aku, untuk umur macam Umie Aida ni walaupun aku tak tahu umur dia berapa tapi aku agak-agak umur dia ni dah agak lewat jugaklah nak bertunang dan berkahwin. Kalau aku jadi artis pun, bila dah ada duit, aku kahwin je terus maaa.. Tak payah nak fikir panjang-panjang. Keperluan perlu diisi maaa.. Hehehe!
Ada orang cakap yang muka tunang Umie Aida ni macam Jaafar Onn. Tapi pandangan aku pulak, muka dia macam Jaafar Onn campur dengan Datuk K. Hohoho! Sama tak? Mesti sama punya kan, aku punya kombinasi wajah terbaik punyalah. Hehehe.. Ramai jugaklah yang datang majlis pertunangan Umie Aida ni, dan agak meriah jugak lah. Rakan-rakan artis turut membantu memeriahkan suasana pertunangan ni lagi. Macam dah rancang lame jer ni. Cuma tak bagitau dekat orang ramai sangat.
Menurut kata Umie Aida, majlis pertunangan ni memang diadakan secara besar-besaran tetapi majlis perkahwinan hanyalah untuk temna-teman rapat dan ahli keluarga sahaja. So bagi kakitangan media, inilah masa diorang nak tanya macam-macam kat Umie Aida. Nanti kena marah dekat boss pulak kan sebab majlis perkahwinan dah tak boleh datang nanti susah pulak kang. Sebelum ni Umie Aida cakap dia adalah orang yang bersederhana dan tidak materialistik, tetapi kenapa dia kahwin dengan orang kenamaan macam ni. Bukan materialistik ke tuh? Haha.. Umie Aida menjawab macam biasa, dia tidak pandang pada harta tunangnya, dia pandang pada budi pekertinya walaupun baru beberapa bulan saja berkenalan. Hehehe..
Antara artis yang turut hadir ialah Erra Fazira, Nasha Aziz, Lisa Surihani dan Nora Danish.
P/S: Aku harap perkahwinan diadakan cepat-cepat agar tidak ada kontroversi berlaku nanti. Amiinn..








