
Ahah! At last this masterpiece arrived yesterday in a rainy day. Ahh! Aku sungguh malas nak berfikir ayat-ayat english ni. Dah lama gila kot tak menai or menulis in english. Dah berapa lama pulak aku tak masuk study ye tak ? Muahaha.. Takpela asalkan selalu tengok TV cerita omputih pun jadi la kan. Baca magazine and baca The Star
Akhirnya sampai jugak surat no PIN akaun Adsense sampingan aku yang ke-XX . Rahsia rahsia.. Nanti terkujat pulak korang nanti. Buat duit dengan Adsense ni memang famous tapi dalam-dalam famous tu ramai gila kot yang tak tahu lagi Adsense ni apa benda nya. Aku pernah jugak dulu masa nak cash out earning Adsense aku, ada ke patut manager bank RHB tu tanya aku Google tu apa. Mak aih, tak pernah membaca agaknya dia ni. Nak kata tua takdelah tua sangat. Belajar tinggi-tinggi tapi Google pun tak tahu. Hohoho!
Nak buat duit dengan Adsense ni takdelah susah sangat. Asalkan tahu teknik dia, tahu flow Google Adsense ni macam mana dan korang fokus dengan teknik buat duit dengan Adsense ni. Ada macam-macam teknik sebenarnya. Nak dapat earning gempak dan pantas boleh tapi risiko sangat tinggi. Sedangkan buat teknik yang biasa pun kadang-kadang kena jugak ban dengan Google. Boleh kata nasib jugak lah. Google memang strict dengan polisi diorang tapi ramai jugak yang terlepas daripada langgar TOS polisi diorang tu. Ni bukan polis indon ok, ni “policy”.
Surat no PIN Google Adsense ni sangat penting sebab ni cara Google nak verify yang nama dan alamat kita ni memang wujud. Jadi diorang akan mintak korang submitkan no PIN ni dekat dalam akaun Google Adsense korang. Korang akan dapat surat ni selepas earning korang mencecah USD10.oo .
P/S : Kalau korang baru nak daftar akaun Google Adsense boleh usyar kat sini – Video Step By Step

Logo yang mengubah pemahaman teknologi IT dunia
——


Dah berzaman main bola akhirnya kahwin jugak mamat nih. Khalid Jamlus ni striker team bola sepak Kelantan. Adakah Kelantan menang 2-0 dengan Perlis haritu disebabkan Khalid Jamlus yang terlalu happy lepas malam pertama dia. Malam pertama ?
Papehal pun tahniah aku ucapkan dekat Khalid Jamlus and isteri dia, Zarina Zainal yang merupakan anak kepada Dato Z.
Nampaknya Khalid Jamlus dah maju setapak ke hadapan daripada aku. Status dekat Facebook dia pun dah bertukar agaknya. Gilo apo kalau dah kahwin tapi status kat Facebook still single. Memang makan kasut tumit tinggi la jawabnya kan ? Muahaha.. Mintak-mintak diorang ni selalu la berjunub di malam hari. Manalah tau kan kalau Negeri Sembilan lawan Kelantan masa final nanti, Khalid Jamlus pancit la sikit kan ? Ahah!
P/S: Hobin jang hobin




—-
Alooohaaaa hawaiiee!! Haaa tak percaya ke aku antara lelaki hot yang bernama “Ridzuan” ? Hehehe.. Tengok la dekat atas tu. Aku baru try hari tu saje-saje nak test ada tak pakcik Google suggest nama aku kalau ada sesiapa yang menaip nama “Ridzuan” dekat Google search tu. Google akan suggest korang search certain perkataan tu kalau perkataan tu selalu ditaip orang dekat Google Search. Korang paham ke tak nih ? Haha.. Aku rasa aku dah sampaikan sesimple mungkin.
Nampaknya aku jauh ketinggalan dekat dalam carta lelaki hot ni. Muahaha! Pesaing-pesaing aku adalah “Ridzuan Hashim” dan “Ridzuan Ramli” . Ridzuan Ramli merupakan seorang model and wedding photographer. Ridzuan Hashim pulak artis Malaysia lah, ala yang berlakon Spa Q tu, botak-botak tu. Ridzuan condo and apartment memang famous la kan sebab tu rumah. Ramai orang cari pasal Ridzuan condo ni sebab nak sewa rumah. Kalau tak silap aku Taylors College ade letak budak-budak diorang dekat Ridzuan condo ni.
P/S : Korang try la cari nama korang sendiri pulak
—-
—-

Aku dah boring gila sampai aktiviti pemakanan seimbang harian aku pun aku nak kongsi dengan korang. Daym! Bila perut lapar agak susah hati bila bukak fridge dekat rumah ni takde pape yang boleh dijadikan makanan tengah hari melainkan aku masak sendiri. Nak masak tu amik masa gak la kan. Nak fikir nak masak ke tak pun amik masa jugak la. Hohoho! Melangok memang mengambil masa yang sungguh lama!
Alangkah senangnya hati kalau ada orang masakkan breakfast, lunch and dinner aku. Kalau siap lagi tu memang extra superb dow! Mane nak cari servis camtu haaa? Aku rasa escort girl pun tak tahu pun camne nak masak pun. Diorang tahu nak MERATAH ORANG and MERATAH DUIT ORANG je ye tak. Kasihanilah bagi sesiapa yang kerap melanggan escort girl ni. Hahah! Kembalilah ke jalan yang lurus..
Berbalik kepada aktiviti pemakanan seimbang aku. Kalau aku tak masak, aku makan roti dengan kaya je. Hot dog ade tapi malas nak masak tu. Hahaha! Tapi kalau aku mengidam benar dan kepingin nak makan yang best-best, aku makanlah dekat clubhouse dekat area tempat tinggal aku nih. Dia punya makanan semuanya memang terbaik dow. Memang sedap tahap-tahap korang makan kat hotel gak ar. Bila makan dekat hotel pun kadang-kadang tak boleh blah jugak kan. Rasa macam ……. Err tak tahu nak cakap macam mane. Hohohohoh!

Semalam aku makan Kuew Teow Cantonese yang dah kerap kali aku order dekat sini. Memang mengancam! Kalau korang rasa macam korang tengah menjamah Megan Fox! Aku hirup kuah dia sampai habis licin kot. Aku hirup haaaa bukan jilat haaaaaa
Tengok warna kuew teow yang dah masak macam goreng-goreng sikit ni pun dah tau sodap gilo! Kuew teow ni dia kena hangus-hangus macam ni sikit baru sedap. Kalau masak style cantonese la kan. Budak-budak kulinari yang cakap, aku pun tak tahu betul ke tidak. Hohohohoh…

Coleslaw yang mengalahkan coleslow KFC! Telor/telur/xxxxx yang dah takde rupa telor!
—

Fresh orange meleleh dow
—
P/S : Semua pemakanan seimbang yang aku makan tu berpatutan, RM11.30 je


Ampun tuanku beribu-ribu ampun. Sombah patik harap diampun. Harap diporkonankan artikel patik yang pacal ini buek tatapan rakyat jelato Malaysia mahupun dunio. Takpo kan ? Kot ado omputih nak baco artikel ni pun takpo do. Diorang takdo paham bonar do bahaso kito ni haaa.. Diharap-diharapkan tuanku dapek mengaman damai an bumi Negeri Sembilan ni. Adat memang patut dijago tapi pembangunan dan kemajuan pun jangan dilupo. Ponting tu pembangunan tompek kito ni. Barula nampak ekselen eyh nogogri kito ni. Biar ramai sikit haa omputih cun-cun datang. Awek-awek KL pun boleh yo nak datang lepak Somban nanti. Hehehe..
Mampuihla apo orang nak cakap kot tak paham baco apo den taip an ni kan. Ni blog den! Den memang nak taip dalam bahaso nogori den sompono portabalan Tuanku Mukhriz tu haaa. Dah lamo dah dicalon eh last-last eyh tortabal gak tuanku. Bolehla sumo anak perut, buapak, ketua kampung, luak undang dan sobagai eh tido malam dongan nyonyak eyh. Kot nyamuk gigit pun tak sodar gak eyh. Hidup Tuanku Mukhriz!
P/S : Hobin jang hobin! Esok tengok bola N9 vs Tgganu!

Geng-Geng Misai Lebat
—

Tuanku Mukhriz kiri sekali

Chaq Chaq Chaq yang tak berlakon dalam drama Cak Cak Cak dekat Astri Ria tu. Kurus gila mamat nih, dada kerengpeng. Ni kalau kena pukul dengan orang ni tak tahulah macam mana dia nak tahan. Muahaha! Artikel kali ni hanyalah untuk tatapan peminat-peminat Chaq Mentor yang sangat setia walaupun Chaq ni taklah jadi juara program realiti TV Mentor. So harap-harap peminat Chaq Mentor bolehlah tengok gambar ni sebelum nak tidur ke nak mandi ke nak buang air ke. Boleh cari ilhamlah kononnya.