August 2009 Archives

Gambar di atas dikatakan gambar kepada kembar Ronaldinho. Rupa mamat kat atas ni memang sama gila dengan Ronaldinho. Senyuman mamat ni pun kalau sekilas pandang memang sebijik macam Ronaldinho. Atas sebab-sebab berikut, ramai cakap yang mamat ni kembar kepada Ronaldinho. Aku pernah jumpa mamat ni, memang sebijik gila! Cuba suruh dia pakai baju Brazil ke, memang nampak macam Ronaldinho aku rasa. Skill mamat ni masa main bola pun boleh tahan tapi tidaklah setanding kembarnya Ronaldinho. Ada tak mana-mana kelab Liga Super nak tambat brader ni?


Sesak! Sesak! Sesak! Itulah benda yang aku nak ungkapkan sejak benda ni terjadi dalam dua hari rasanya. Tak habis-habis dengan isu demokrasi dan bantahan diorang terhadap kerajaan. Mungkin ada di antara korang yang baca artikel dalam post aku kali ni adalah di kalangan mereka yang bertempiaran di jalan raya sempena bantahan GMI terhadap ISA. Minta maaf aku katakan, korang memang menyusahkan orang ramai. Jalan sesak gila weyh!!

Bukan setakat jalan raya jadi sesak, kedai makan yang menjadi port terbaik untuk kategori makanan bajet pelajar IPT pun ditutup. Hahaha! Apa diorang nak makan semalam dan kelmarin? Kenalah pergi kedai makan yang mahal-mahal sikit. Korang dah buat diorang membazir. Pengangkutan awam yang menjadi kenderaan untuk si mak menghantar dan mengambil anak ke sekolah pun terjejas. Mungkin ini menjadi alasan untuk si anak tak sempat ke sekolah.

Bukannya aku nak membangkang kegiatan korang ke apa. Tapi negara kita ni ada undang-undangnya dow. Cubalah gunakan perantara yang betul untuk suarakan pendapat korang. Aku tak cakap korang salah atau betul. Aku pun tau orang kerajaan ni macam mana. Tapi apa yang aku pasti, sekarang ni negara kita masih lagi aman damai. Janganlah korang cuba memporak perandakan negara kita ni.

Biarlah kerajaan buat apa yang diorang rasa betul sekarang ni. Semua ni sebab diorang berkuasa dan ada kuasa ke atas negara kita. Apa yang penting, rakyat aman damai dan ekonomi negara semakin meningkat. Alahaiiii! Korang kalau dah ada kuasa pun sama je. Entah-entah lagi teruk kot. Sebab dah ada kuasa kan. Macam-macam jugak korang boleh buat nanti. Alahai!!! Kalau ada orang nak hulur RM SEJUTA DUA untuk kau luluskan projek diorang, takkan korang taknak.

Mungkin sekarang korang memanipulasikan rakyat untuk reformasi, kalau korang jadi RULER nanti tapi negara hancur, sampai bila-bila rakyat tak percaya weyh.. Rilek sudah.. Jangan cakap aku tak fikir panjang nak cakap benda ni ya. Aku pun ada ilmu pengetahuan jugak. Remaja-remaja sekarang pun selalu berfikir masalah-masalah macam ni gak dow. Jangan cakap orang tua je tau. Hahaha!


Tahniah aku ucapkan kepada Hairi yang berjaya menang program realiti TV dan pencarian bakat Anak Wayang edisi pertama. Dia yang merupakan juara Anak Wayang dapat hadiah banyak gila! Hairi dapat bawak kereta Honda Jazz yang bernilai RM109,800. Selain tu, dia jugak dapat berlakon 60 episod mana-mana drama yang ada dalam Astro, tidak termassuk HBO, StarMovie dan Cinemax.. Muahaha! Dua tiket kapal terbang untuk dia melancong dengan awek ke Los Angeles turut diberi.

Hafiz pula merupakan pencabar terdekat si Hairi yang hanya memperoleh  42% undian berbanding Hairi , 58%. Agak jauh jugakla beza undian tu. Hafiz memenangi TV LCS 42 inci, wang tunai RM5,000, sebuah kamera Canon model DC420 dan trofi sumbangan Astro. Tahniah aku ucapkan kepada dua-dua orang ni sebab berjaya sampai ke tahap yang aku takkan sampai. Ahah! Diharapkan lepas ni diorang berlakon betul-betul dan tumpukan pada bakat. Jangan hanya tertumpu pada nafsu dan populariti saja.

Pandangan aku terhadap Anak Wayang edisi pertama ni, tidak berapa efisyen. Sebab banyak jugak babak yang menunjukkan peserta Anak Wayang tidak terlalu serius untuk bersaing. Ada yang buat sambil lewa saja. Kadang-kadang tengok cerita Anak Wayang pun pressure aku dibuatnya. Kalau boleh lepas ni tambahkan lagi peserta perempuan. Muahaha!