August 2009 Archives

Sabar-sabar! Relax la dow. Ini bukan gambar kontroversi walaupun terang-terangan dekat lengan Brian suami kepada Nana Era FM ni ada tatu. Actually tatu ni dah lama dah sebab sebelum Brian ni kahwin dengan Nana, dia bukan muslim. So bila dia nak kahwin dengan Nana, Brian convert kepada seorang muslim. Jadi tatu tu kekallah di situ. Kalau nak hilangkan tu sakit jugak. Biarlah Brian yang tentukan sendiri. Ade bran ke Brian? Hehehe..


Fullamak!! Gambar ni memang clear habislah. Memang jelas sekali yang dua insan yang berada dalam kesemua gambar ini adalah si Fasha Sandha dan romeonya iaitu Rizal Ashram. Haritu cerita pasal diorang, harini pasal diorang lagi. Dah boleh buat album dah ni. Hahaha.. Apa-apa pun pasangan Fasha Sandha dan Rizal Ashram kelihatan begitu mesra bersama. Mesti dah banyak benda dah dilakukan sampai terbit rona-rona kebahagiaan pada muka diorang ni. Harap-harap kau kawinlah dengan Rizal Ashram ni Fasha oiiii.

Jangan kau buat hal lagi sudeyh. Lepas sorang, sorang yang kau cairkan pastu kau hampas kan diorang. Haha.. Memang ramai dah kena gossip dengan Fasha ni sampai lelaki tu naik syeihk la kan. Wakaka.. Tapi kan, hukum karma babe. Kalau kau dah rampas laki orang, mesti kau pun kena macam tu nanti. Hehehe.. Aku tak doakan macam tu, tapi ni menurut pengalaman dan tips daripada orang ramai. Ahaha!

Event apalah yang diorang ni buat kan. Ni hari aman sedunia untuk diorang ke? Atau hari burung merpati atau hari diorang mengaku kalah. Ohoho.. Tapi mungkin juga hari jadi Rizal sebab nampak ada kek tu. Nanti kena tanya kepada pengirim gambar ni.


Selamat pengantin baru aku ucapkan kepada pasangan kontroversi yang tersangatlah bahagia waktu ini iaitu Akhil Hayy dan Waheeda. Tersenyum lebar diorang berdua ni selepas diijabkabulkan dan sah menjadi sepasang suami isteri mengikuti hukum Islam. Jom kita tengok gambar-gambar perkahwinan Akhil Hayy dan Waheeda terlebih dahulu. Aku taknak spoil mood post gambar perkahwinan ni. Hehehe.. Nanti baru kita cerita panjang lebar. Tataplah muka Waheeda dan Akhil Hayy tersenyum lebar puas-puas.


Ini memang kisah benar. Bayangkan masa korang tengah sorang-sorang tinggal dekat rumah pada waktu malam lepas solat Maghrib, korang terdengar bunyi , ” Wooooo.. Hooooo.. Woooooo..”. Mendayu-dayu je bunyinya, kadangkala bunyinya kuat kadang-kadang lembut. Bunyi tu bukannya datang daripada satu arah saja. Seakan-akan ada dua tiga makhluk sedang menyakat kau dalam rumah. Memang terbaiklah bulu roma kau menegak kan?

Ini fakta yang sebenar. Masa mula-mula dengar dulu memang agak cuak la kan, tapi bila dah lama-lama baru aku tahu tu bunyi apa sebenarnya. Tu bunyi angin dari luar masuk dalam rumah aku. Tak tahulah macam mane boleh masuk dekat celah-celah sliding door rumah aku dengan lubang aircond dekat rumah aku. Bila angin kuat or macam nak hujan, memang kuat gila lah bunyi macam hantu tu kan. Agak cuak jugak la kalau nak digambarkan. Muahaha! Cuak jugaklah Hamid Salim masa mula-mula dulu. Owh lagi satu, rumah aku ni atas bukit. Tu banyak angin tu.

Kawan-kawan aku yang tidur rumah aku dulu pun takut jugak bila dengar bunyi macam tu. Aku cakap kat diorang jangan bising-bising. Senyap je. Diorang pun macam suspens je. Hehe.. Dua tiga kali jugaklah diorang tanya untuk memastikan keselamatan diri diorang terjamin. Korang rasa bunyi-bunyian macam ni ada tak dekat dalam movie seram yang bakal kuar ni nanti, Orphan. Tajuk dia kalau orang Malaysia nak tiru buat filem, tajuk paling sesuai adalah Opah. Hohohoh!

Kalau ditengokkan iklan Nuffnang yang appearkan ads pasal Orphan ni, macam menarik jugak lah. Aku kena pastikan diri aku dengan Hafreze untuk menonton cerita ni nanti. Jom tengok ramai-ramai weh!


Noordin Mat Top ni makin lama makin popular. Ramai pulak orang cari dia buat masa ni. Haha.. Lepas berlakunya tragedi letupan dekat sebuah hotel mewah di Jakarta, polis Indonesia bertungkus lumus nak cari Noordin Mat Top ni. Aku kenal Mat Top yang masa dulu junior aku kat SMSTJ dulu, tapi aku tak sure lah dia tu Noordin Mat Top ke tidak. Muahaha! Aku rasa pihak Indonesia bengang gila dengan Noordin Mat Top ni sampai tuduh Malaysia ni negara pengganas pulak. Cets! Korang ni matured la sikit!

Takkan sebab orang Malaysia boleh tengok perlawanan Man Utd dengan negara sendiri sampai dua kali korang (Indonesia) nak jealous. Hehehe.. Jangan risau, nanti one day mesti Man Utd turun san jugak. Tak tahu lah bila kan. Kalau pasal Noordin Mat Top pula, orang Malaysia atau kerajaan Malaysia tidak ada yang bersubahat dengan Noordin Mat Top ni. Dia dengan geng dia jerlah yang bertungkus lumus main mercun sana sini. Mungkin dia ada objektif yang tersendiri, namun apa yang pasti kerajaan Malaysia tak menanggung pembiayaan kehidupan dia di mana-mana. Hehe..

Baru-baru ni polis Indonesia mendakwa yang diorang dah dapat bunuh Noordin Mat Top, tapi jangkaan cetek diorang melest sebab yang kena bunuh tu sebenarnya adalah partner kepada Noordin Mat Top iaitu Ibrahim atau lebih dikenali di Myspace sebagai Boim. Apa yang aku tahu lepas aku baca paper Kosmo, Noordin Mat Top ni berasal daripada Johor Bharu dan korang sepatutnya bagi dia birthday present 11 Ogos lepas. Hahaha! Dia juga dikehendaki oleh pihak FBI sebagai orang yang berbahaya dan bersenjata. Siapa-siapa yang nak buat fast money, bolehlah pergi cari dan tangkap si Noordin Mat Top ni. Takpun pergilah bagi maklumat pasal dia. Kalau korang hebat lah. Ahah! Janganlah bagitau FBI makanan kegemaran Noordin Mat Top ni. Hahaha!

Lagi satu isu dalam kepala aku, mana satu gambar sebenar Noordin Mat Top ni? Berapa banyak muka dia ada daaaa. Jangan ada super power macam Heroes sudah. Haha!


Ustaz Asri yang juga vokalis utama kumpulan nasyid Rabbani telah disahkan meninggal dunia pada pagi tadi. Beliau meninggal dunia akibat serangan sakit jantung. Pada awal pagi tadi Ustaz Asri memberi ucapan di sidang media program “Syahadah” di Angkasapuri, Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada pukul 10.30 pagi tadi. Dia kemudiannya rebah dan dibawa ke Hospital Pantai di Bangsar. Kemudiannya dia disahkan meninggal dunia di sana. Jenazah Ustaz Asri kemudiannya akan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

P/S: Moga roh Ustaz Asri dicucuri rahmat. Amiin.