August 2009 Archives

Korang pernah dengar tak EZnet 1315 ni? Kalau dulu biasanya mesti korang pernah dengar TM 1515 tu yang kalau korang nak main tenet tu, bunyi bising gila babeng keluar daripada komputer korang. Macam bunyi alien pun ade jugak lah kan. Hahaha.. Masa dulu kalau nak online, siap tutup guna selimut komputer tu, tak nak kasi kantoi dengan ibu aku punya pasal online tengah malam. Ahahaha! Kalau masa dulu, kalau nak guna TM 1515 tu, korang kena pergi daftar dekat mana-mana cawangan TM yang berdekatan macam korang pergi daftar Streamyx sekaranglah. Tapi dengan EZnet 1315, korang dah tak perlu pergi dekat TM kalau korang nak guna servis internet yang kadar segera ni. Nice bukan? Hehe..

Apa Benda-Benda Penting Yang Perlu Ada?

  • Ada line telefon dekat rumah sama ada TM Homeline ataupun Businessline
  • TAK PERLU pendaftaran dan takde ID dan password diperlukan
  • TIADA caj bulanan tambahan, rate dia cuma 4SEN SEMINIT
  • Komputer
  • Modem Analog paling cikai pun 56K

Bila korang dah ada semua ni maka masalah korang tiada masalah lagi untuk melayari internet. Sama ada korang nak usyar-usyar gambar best ke, panas ke, nak main game online ke, nak layan Facebook ke cari awek ke dah takde masalah lagi dah. Korang online lah puas-puas cuma pastikan korang ada jam randik di sisi agar korang boleh set masa dah berapa kau online sebab 4SEN SEMINIT tau.

Owh lupa pulak nak bagitau macam mana nak akses EZnet 1315 ni, manalah tahu kan korang ada masalah nak menggunakan EZnet 1315 ni. Mula-mula sekali korang kena on lan laptop or komputer korang dulu. Lepas tu korang sambungkan line telefon dekat rumah tu ke modem internet korang. Bila korang dah sambunkan line tu, korang pergi connect ke internet menggunakan style Dial Up. Bila keluar macam suruh bagi nombor nak dial, korang masukkan je 1315. Bila dah berjaya connect, korang boleh lah layan gambar panas Shazlin ke, Sharifah Jasmine Soraya, Fasha Sandha mahupun Linda Jasmine. Muahahaha! Moga berjaya!


Waaaah! Aku ucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan buat semua rakyat Malaysia dan selamat hari lahir kepada semua rakyat Malaysia yang tarikh lahir korang jatuh pada tarikh 31 Ogos ini. Kalau masa dekat SBP dulu ada budak-budak yang dapat cake birthday if diorang punya birthday dalam bulan Ogos ni. Agak bertuah jugaklah diorang. Aku rasa, kalau kita ni merdeka sangat pun tak guna jugak sebab kita terasa kita ni selamat sangat. Aku rasa kalau budak-budak sekolah and budak-budak yang lingkungan umur aku ni, ada jugak yang terlampau merdeka sampai terlupa hala tuju hidup diorang.

Harap-harap tahun ni ramailah yang sedar dekat mana tahap merdeka diri masing-masing tu. Orang cakap merdeka ni ada macam-macam. Bukan setakat nak merdeka daripada penjajah je. Merdeka daripada segala masalah yang ada dekat dunia ni pun merdeka jugak. Jangan sampai kita leka sangat sampai kena jajah balik macam zaman dulu sudeyh. Masa tu nanti terkangkang kita nak hidup nanti ye tak. Nak cari duit nak hidup pun kena mengangkang lagi la parah. Aku doakan kita masing-masing akan jadi manusia yang lebih baik dari hari ke hari.

MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!


Tahniah diucapkan kepada Sasha Saidin ataupun lebih dikenali sebagai Sasha Elite dan suaminya Salyo yanag kini sudah pun bergelar ibu dan bapa kepada anak pertama mereka. Setelah sekian lama tidak katif di dalam bidang seni selama beberapa bulan, kini Sasha sudah boleh memikirkan apa yang dia ingin lakukan untuk kerjayanya. Sebelum Sasha ingin kembali ke bidang seni, Sasha Elite mungkin harus memikirkan dulu bagaimna untuk kembalikan bentuk badannya seperti dahulu. Hehehehe!

Bagi aku dan Salyo, ini mungkin tidak semudah yang disangkakan Sasha Elite. Ehehehe.. Adakah Sasha akan pergi menerima rawatan di mana-mana atau bakal menjadi duta baru kepada mana-mana produk set pelangsingan badan wanita lepas bersalin. Ohohoho! Dia ni artis, mungkin senang sikit kot. Aku pun tak dapat tahu lagi apakah nama baby Sasha Elite dan Salyo ni. Jantina pun masih belum diketahui infonya. Tunggulah mana-mana sumber berdekatan inform aku nanti. Apa-apa pun sekali lagi tahniah aku ucapkan kepada pasangan Sasha Elite dan Salyo. Moga-moga tahun ni pregnant lagi, bagilah dia sorang adik haaaa.. Boleh main lego sama-sama. Ahahaha! Tengoklah gambar anak Sasha dekat bawah ni.

P/S: Okay dah tahu dah nama baby Sasha dan Salyo – Adam Aryasenna

Comelkan Baby Sasha Dan Salyo

Comelkan Baby Sasha Dan Salyo


Masa mula-mula aku dapat email ni dulu, aku ingatkan gambar Heliza AF5 dengan teman lelaki misteri. Haha.. Rupa-rupanya gambar akak dia daaaa.. Gambar di atas merupakan gambar akak Heliza AF5 dengan boyfriend dia semasa diorang bercuti dekat pulau kot. Cantik kan akak Heliza AF5? Macam model pulak aku tengok. Tapi menurut sumber iaitu si penghantar email, akak Heliza AF5 ni merupakan seorang stewardess atau dalam bahasa Melayunya pramugari. Alahaiii, yang kerja dekat airport pastu naik kapal terbang tu. Layan penumpang semua tu. Ntah2 korang pernah tersekali dalam satu plane kot dengan akak Heliza AF5 ni kot. Huhu!

Mesti korang puas hati ye tak kalau dapat awek macam ni kan? Korang la, aku biasa-biasa je. Hahaha.. Dengar cerita akak Heliza AF5 ni memang selalu pun bercuti dengan boyfriend dia. Selalu gak pergi laur negara, biasalah tu kan. Kalau tak silap aku, boyfriend dia ni pulot pilot jugak lah. So tak hairanlah masing-masing punya gaji kan. Ahah! Sendiri punya duit sendiri gunalah. Kalau akak Heliza AF5 ni bertudung mesti sama cantik dengan Heliza AF5 kan?


Mesti ramai yang terkejut dengan post kali ni kan sebab sepatutnya perempuan yang harus berada dalam gambar dekat atas ni mestilah Fasha Sandha. Tapi jangkaan itu semua meleset sebab ini merupakan gambar Qabil Ambak bersama seorang gadis yang berasal dari Filipina. Cantik wooo dia ni, kalah Fasha Sandha dah ni. Ada orang cakap yang perempuan ni merupakan girlfriend kepada Qabil Ambak dan merupakan bakal isteri kepada Qabil Ambak nanti.

Entahlah! Haha.. Aku pun dah pening nak cakap apa dekat korang ni. Sebelum ni Fasha Sandha beriya-iya cakap yang dia rapat dengan Qabil Ambak dan dia dah bagi clue sikit yang dia macam akan berkahwin dengan Qabil Ambak. Ahaha.. Tapi manalah tau kan kalau Qabil Ambak nak play safe atau dia memang nak kenakan Fasha Sandha. Sabar ye lah ya cik Fasha. Abang Rizal Ashram aka Jejai kan ada. Heeee..

Apa yang mengukuhkan lagi spekulasi Qabil Ambak dan gadis dari Filipina ni, perempuan ni pun ahli sukan equestrian juga. So diorang ni ada minat yang sama dan sudah tentu Qabil Ambak suka berbincang bab-bab kuda ni dengan dia. Nanti manelah tau dapat naik kuda atas katil pulak. Ehehe.. Dah kahwin nantilah kan. Qabil Ambak jugak mungkin sukar nak kahwin dengan gadis ni sebab dia ni rasanya bukan Islam. So manelah tau dia macam berat hati nak masuk Islam kan. Takut kena sunat ke ape ke. Ahahahha!

Apa-apa pun kita tunggu je lah statement terbaru daripada Fasha kalau dia berani nak bagitau sebab sebelum ni dia ada luahkan perasaan dia kat Myspace. Tak tahulah sebab apa dia luahkan kat situ dan tidak di Facebook. Mungkin Fasha Sandha tak tahu guna fungsi Note dekat dalam Facebook tu. Ehehe.. Lagipun luahan hati dia dekat dalam Myspace tu pun dia dah delete. Rasanya sebab Ally Iskandar ade menyampuk dalam tu sekali. Heeee..

P/S : Kisah artis kena H1N1, —> Klik Sini


Akhirnya bulan Ramadhan menjelma, nampaknya semua umat Islam dekat dunia ni akan mula berpuasa selama 30 hari sehingglah bulan Syawal kelak. Aku sangat-sangat berharap yang bulan puasa kali ni akan jadi lebih baik daripada bulan puasa tahun lepas. Aku akan cuba membaca Al-Quran setiap hari selepas sekian lama aku tak baca. Jadi sempena bulan Ramadhan aku akan cuba istiqamahkan diri untuk membaca Al-Quran. Dapat topup pahala sikit kan. Tak dapat banyak, sikit pun jadi lah. Hehehe..

Namun, aku tidak lagi membeli Al-Quran. Hehehe.. Padahal esok dah nak puasa dah. Aku akan cuba beli Al-Quran malam ni. Kalau tak sempat juga, aku akan beli esok la kan. Aku lagi prefer Al-Quran yang jenis lama tu yang takde garisan punya. Aku pun dah lupa jenis Al-Quran tu. Malaslah nak guna Al-Quran digital tu, mahal poit! Baik guna yang old school punya, baru layan maaaaa….

Dah alam jugak lah aku tak asah bakat aku dalam tajwid-tajwid ni. Hahaha.. Rasanya semua tu aku ingat lagi, insyaallah. Kalau kita baca Al-Quran ni betul tajwid dan hukumnya, lagi besar pahala kita dapat. Ni atok Ujang dekat kampung aku tinggal dengan arwah atok dan uwan aku. Atok Ujang ni ajar kitorang mengaji dekat surau dia sendiri. Oklah, aku nak minta maaf dekat semua orang yang pernah aku buat salah dan terasa dengan aku. Nanti hari raya nanti aku minta maaf lagi. Hehehe.. Callo beteyh!