
Aku dah beli KingMax DDR2 2GB ni adalah dalam lebih daripada seminggu yang lepas. Aku belinya daripada sebuah gedung kecil dekat Terminal One Seremban. Di dalam gedung tu yang penuh dengan barang-barang serta aksesori komputer dan laptop, aku ambil kesempatan nak mencari DDR2 2GB yang boleh melajukan kadar proses pergerakan dan akses untuk laptop Dell Inspiron 1420 aku yang tidak seberapa ni.
Punyalah besar, penat aku cari rupa-rupanya ramb ada jual kat counter pembayaran je. Ahah! Brader technician tu cakap ramb 2GB DDR2 dekat situ tinggal brand KingMax saja. Aku pun selamber angkat dengan satu modem router yang berwireless atau tanpa wayar. Boleh tahan harga dia semua sekali dalam RM310+ jugalah. Aku suruh brader tu pasang DDR2 2GB tu dekat laptop aku. Aku terasa bertambah lembab pulak masa laptop aku nak loading masa nak on laptop tunjuk desktop semua. Dalam benak hati aku berasakan yang ini mungkin disebabkan aku tak guna charger battery yang Dell inspiron punya. Brader technician tu pakai ape entah barang dekat kedai tu.
Pastu balik rumah terus. Ingat nak pasang terus router D-link tu, tapi nampaknya ada masalah dengan D-link jenis DSL-2640T . Aku akan cerita pasal ini kemudian. Setelah beberapa hari, aku merasakan DDR2 2GB KingMax yang aku pakai ni memang tak membantu aku langsung. Lagi lembab laptop aku adalah. Last-last aku pasang balik DDR2 1GB Apacer. Keadaan laptop aku semakin sihat dengan kepantasan yang memuaskan hati aku. Ternyata aku sangat kecewa dengan KingMax. Dahlah 2GB tapi lagi slow daripada DDR2 1GB Apacer. Nampaknya sehingga kini laptop aku hanya ada 3GB ramb saja. Hasrat di hati nak 4GB tapi tak tergapai. Kesimpulannya aku rugi RM100+ untuk 2GB ramb KingMax ni.
Nak minta ganti rugi, rasa macam leceh pulak sebab aku dah beli dah dan tak buat sebarang complain semasa pembelian tersebut. Kalau aku datang nak minta balik duit sah-sah tak dpt. Nak tunggu DDr2 yang baru tu tak tahu lah bila. Technician tu cakap sekarang ni musim RAMB mahal. Tak tahu kenapa, mungkin tu hanya spekulasi seorang peniaga. Hehehehe..
P/S : Nanti aku akan cerita pasal masalah wireless router D-link jenis DSL-2640T bersama taiko Fazlah














28 Responses