April 2009 Archives

Bagi sesiapa yang pernah membeli mana-mana produk digital secara online, sudah tentu korang dah biasa dengan produk seperti video tutorial yang menunjukkan step by step untuk melakukan sesuatu. Tidak lupa juga dengan ebook tutorial setp by step yang menerangkan cara melakukan sesuatu dengan gambar rajah ataupun screenshot sahaja. Ada banyak kelebihan dan kekurangan jika korang nak cipta satu produk digital sama ada video tutorial mahupun ebook tutorial.


Sambung baca lagi baiiii »


Assalamualaikum semua!! Dan juga selamat sejahtera. Aku harap korang sudah pun sedia tahu yang aku ada buat satu ebook mengenai cinta iaitu Panduan Cinta Untuk Wanita . Ebook ini ada cerita macam-macam pasal lelaki dan sikap sebenar seorang lelaki. Bagi mana-mana perempuan, gadis dan wanita yang masih lagi keseorangan tanpa teman, apa kata korang cuba baca 2 chapter pertama yang boleh didownload secara percuma dekat PanduanCinta.com ni. Kalau korang nak baca chapter-chapter yang lain pulak, korang boleh buat pembayaran sebanyak RM20 saja. Hanya harga 2 kotak Kotex saja. Hehehe.. Tapi harga ni takkan bertahan lama sebab ini adalah harga promosi di awal pelancaran ebook Panduan Cinta Untuk Wanita. Harga ebook ini akan dinaikkan ke RM30. Sambung baca lagi baiiii »


Sambung baca lagi baiiii »


Adakah korang tahu apa maksud Peel Away Ads? Bagi yang sudah lama dalam aktiviti blogging ataupun internet marketing, sudah semestinya Peel Away Ads dah lama tersemat di dalam hati. Maksud Peel Away Ads dalam kamus blogging aku bermaksud, iklan kupasan kulit. Ahah! Korang setuju atau tidak dengan maksud iklan ini terpulanglah ya. Proses iklan ini bermula apabila mata korang terlirik pada satu bahagian minisite itu yang bergoyang-goyang atau menggoda tangan korang untuk cepat-cepat mengarahkan tangan korang menggerakkan mouse ke arah bahagian tersebut.

Kemudian apabila penunjuk mouse korang dah berada dekat atas tu, tiba-tiba layout,theme,template kepada blog atau minisite tersebut akan tertarik dan terpampang sebuah iklan yang menerangkan tentang bla3 dan meminta korang klik. Korang akan dibawa ke page yang lain selepas itu. Cuba korang tengok dekat penjuru kanan sebelah atas blog aku nie, ada benda untuk ditarik kan? Apa lagi, tariklah! Hehehe.. Ini bukan apa, ini juga merupakan salah satu cara untuk marketkan sesuatu kepada pelawat setia blog korang. Sambung baca lagi baiiii »


Sudah tentu mana-mana mak bapak tak bagi anak-anak diorang nak tengok gambar yang macam ini. Lebih-lebih lagi kalau aku ada adik kecik, nasib baik aku ni anak tunggal. Hahaha! Gambar ini sememangnya menunjukkan kemesraan Norman Hakim dan Fizz Fairuz yang agak luar biasa. Memang gambar berpelukan seperti pasangan gay ini akan menimbulkan kontroversi yang melampau, tetapi mungkin jugak gambar ini bertujuan untuk diorang ambik feel sebelum berlakon cerita lelaki yang bernaluri wanita atau lebih kerap disebut dengan ganas oleh para tok aji atau pun ustaz-ustaz sebagai pondan, bapok, gay, laknatullah!!

Credit : Hafreze Sambung baca lagi baiiii »


Aku tahu ramai blogger yang dah tahu benda basic ni, tapi ada juga yang tak tahu. Sebab kadang-kadang aku tengok ada blog yang dah lama publish since 2008. Tapi still tak ade ranking lagi. Kepada sesiapa yang tidak tahu pasal ranking blog korang sendiri, korang patut aware dengan benda-benda ni. Banyak kebaikan ranking blog ni dow. Ni antara aspek terpenting kalau nak buat duit dengan blog maaaaaa!! Takkan la kita blogging just for our ownself, baik kita buat diary je macam tu. Alang-alang dah ada blog, bina kredibiliti korang dengan blog tu dan buat duit sekali.

Blog juga ada terdapat banyak ranking tetapi yang paling popular adalah Page Rank dan Alexa Rank. Page Rank atau PR ni dikira persepuluh. Macam PR1 ni Page Rank 1/10 dan seterusnya. Lagi besar PR blog korang lagi power lah blog korang. Banyak peluang atau program buat duit dengan blog yang amat menitikberatkan PR ni. Kalau korang dapat PR5-PR10, korang bagitau aku ya. Aku nak ajak exchange link. Hua3.. Alexa Rank pulak dikira ikut nombor macam biase je. Lagi power blog korang, lagi kecik nombor ranking tu. Nescaya yang paling power adalah ranking #1. Sekarang ni, blog aku pada ranking #503,297 dan PR2. Tak semesetinya kalau Alexa Rank power, maka PR blog korang akan power. Ada je blog yg Alexa Rank 20 juta lebih tapi PR5.

Sekarang aku nak tunjuk macam mana korang nak tahu ranking blog korang. Hanya untuk pengguna Mozilla Firefox sahaja. Hoho! IE suxx!! Sambung baca lagi baiiii »