
Pada 19 April yang lepas, aku telah menyertai satu seminar Ebay yang diadakan oleh SifuLan dan bro Noorizam Shah. Aku tak pernah lagi pergi seminar Ebay ni. Sebelum ni ingat nak ambil personal coaching, tapi alang-alang SifuLan nak buat seminar pertama dia, aku pun joinlah. Lagipun on that day, ramai otai-otai Ebay yang turun sekali antaranya Shahraduan, Matzis, Zakri dan lain-lain. Seminar ini diadakan di Hotel De Palma Shah Alam.
Masa pagi tu, aku dah terbangun lewat. So agak rushing masa nak mandi dan siap-siap tu. Maklumlah tak pernah pergi sana so bajet-bajet mesti lama jugak perjalanan. Ahahaha.. Mula-mula ingatkan nak pergi naik kereta, disebabkan perkara tertentu aku terpaksa pergi by public transport. Seminar tu pukul 9:30AM dan aku gerak dari rumah pukul 7:40AM macam tu. Aku naik LRT Putra daripada Wangsamaju and then sampai saja dekat KL Sentral aku naik teksi ke Hotel De Palma Shah Alam.
Mula-mula terfikir jugak nak naik komuter KTM tapi cuak pulak menatang tu lembab kan. Panas ke ape ke. Nak naik teksi pulak mula-mula tanya harga, ingatkan adala cecah RM40-RM50 ke dari KL Sentral. Rupanya masih berbaloi, RM26. Aku naik dengan sorang uncle warga Cina tak tahu umur berapa. Dia pun tak tahu jalan nak pergi Hotel De Palma Shah Alam tu. Lepas call hotel, diorang bagitau Seksyen 19, uncle tu still tak tahu jugak. Dia cakap dia tak layan Shah Alam. Apa barang Shah Alam. Hahahaha.. Kiotrang tanya akak dekat tol pastu terus pergi dekat sana.
Aku sampai agak awal, tapi ada orang lagi awal. Aku pun tak tahu mana peserta yang lain. Sebab ada dua function kat tempat tu pagi tu. Jutawan SMS, erkk ni macam nak buat Irwan Dahnil punya je. Lepas tu aku nampak kelibat bro Noorizam dan Sifulan dengan peserta lain. Salam punya salam, aku cakap nama aku Ridzuan. Bila masa seminar baru bro Noorizam dapat cam aku ni Richie. Hohoho.. Lepas tu barulah aku dapat dengar orang kutuk-kutuk produk aku. Muahaha.. Takdelah..
Rugi korang tak join seminar aritu, walaupun korang rasa korang dah pakar habis dah ni. Tapi still ade benda-benda penting yang korang tak tau lagi. Mungkin korang tak sedar kepentingan benda-benda tersebut. Ahahaha.. Aku pun shock jugak la. Tak terfikir aku teknik yang bro SifuLan dan Noorizam ajar aritu. Makan pun sodap-sodap gilo. 3 kali makan, aku pun macam biasa kat tempat public, control makan. Muahahaha.. Masa sebelum balik aritu ada ambil gambar bersama-sama otai dan sesi perbincangan dengan diorang. Diorang sempat kenakan aku pasal Panduan Cinta. Ahahaha!
Aku balik pulak tumpang kereta dengan otai ebay “down to earth” iaitu yang bukan calang-calang lagi orangnya, bro Nuwa Ebay. Huhuhu.. Kaki forumer juga dengan dia ni. Banyak juga rahsia dia bagitau, macam personal coaching lah pulak. Dia hantar aku sebab kitorang tinggal takdelah jauh sangat. Satu jalan juga la dey. Aku rasa lepas ni korang patut join mana-mana seminar atau personal coaching SifuLan dan Noorizam lebih awal sebab makin lama, harga diorang makin naik. Takde naik sikit-sikit de. Ni memang melantun macam lantun getah punya bau.



P/S : Ade gak akak-akak yang tanya pasal cinta masa tengah lunch break, fuuhh segan yang amat!









17 Responses