April 2009 Archives

Isnin    – Aduuuhh! Hausnya.. Siapa nak pergi beli air ni?

Selasa  – Eyhh! Air mineral semalam dah habis ke?

Rabu    – Aik! Takkan beli sebotol je?

Khamis – Fuuuh! Leganya dapat minum air.

Jumaat  – Sebotol dah RM2.50 dah. Perghhh..

Sabtu    – Eyh, nanti singgah 7E beli air tau.

Ahad    – Aku rasa kita kena beli cerek la.

P/S : Sorry lama tak update. Tengah buat ebook baru.

Sambung baca lagi baiiii »


Nampaknya perkahwinan pemain bola sepak Negeri Sembilan, Aidil Zafuan dan pelakon terkenal, Rita Rudaini yang dulu dinikahkan di Siam telah disahkan oleh pihak yang berkenaan. Jadi status mereka berdua adalah suami isteri. Jadi lepas ni takdelah orang nak mengata diorang berdua ni lagi dah. Mungkin sedikit perasaan lega ada bagi pasangan ini. Lebih menggembirakan lagi sekarang Rita Rudaini telah mengandung. Berapa usia kandungan dia tu tak dapat dipastikan lagi. Moga bahagia aku ucapkan.

Sambung baca lagi baiiii »


Nampaknya Ako Mustapha, pelakon yang diminati ramai telah dijatuhkan hukuman penjara 3 bulan dan telah dikenakan denda sebanyak RM3,000 atas kesalahan kantoi berkhalwat dengan seorang wanita yang bukan beragama Islam. Nampaknya confirm ramai anak-anak gadis yang kecewa dengan berita ini. Lebih-lebih lagi budak-budak perempuan sekolah aku dulu yang begitu memuja mamat ni. Cets!! Tapi takpelah, dah nasib dia kena penjara. Kita pun tak tahu kisah yang sebenar. Mungkin kat dunia dia bersalah, kat akhirat siapa yang tahu. Apa-apa pun dunia hiburan artis dan gosip-gosip ini payah nak diduga. Moga-moga dia sedar dan tidak akan berdua-duaan bersama mana-mana wanita mahupun jurusolek wanita untuk pelakon ganteng. Sambung baca lagi baiiii »


Apa yang korang nampak daripada gambar ni? Aku agak kelakar la dengan gambar ni. Gambar ni aku jumpa kat Facebook. Ada kawan aku yang upload kan kat wall. Muahahaha.. Aku rasa budak ni sebelum dia kena injection mesti stok gila-gila punya nakal tak tahu nak duduk diam. Nurse pun dah naik angin trngok budak yang montel-montel seksi ni. Sekali dia cucuk dengan selambanya. Macam tengah menjahit pun ada aku tengok. Wakakaka.. Adoiyaiiiii.. Kalau dapat dengar budak ni menjerit kan best.. Huhuhu.. Huwargghh!!!! Lawak siot… Huhuhuhu.. Sambung baca lagi baiiii »


Pada 19 April yang lepas, aku telah menyertai satu seminar Ebay yang diadakan oleh SifuLan dan bro Noorizam Shah. Aku tak pernah lagi pergi seminar Ebay ni. Sebelum ni ingat nak ambil personal coaching, tapi alang-alang SifuLan nak buat seminar pertama dia, aku pun joinlah. Lagipun on that day, ramai otai-otai Ebay yang turun sekali antaranya Shahraduan, Matzis, Zakri dan lain-lain. Seminar ini diadakan di Hotel De Palma Shah Alam.

Masa pagi tu, aku dah terbangun lewat. So agak rushing masa nak mandi dan siap-siap tu. Maklumlah tak pernah pergi sana so bajet-bajet mesti lama jugak perjalanan. Ahahaha.. Mula-mula ingatkan nak pergi naik kereta, disebabkan perkara tertentu aku terpaksa pergi by public transport. Seminar tu pukul 9:30AM dan aku gerak dari rumah pukul 7:40AM macam tu. Aku naik LRT Putra daripada Wangsamaju and then sampai saja dekat KL Sentral aku naik teksi ke Hotel De Palma Shah Alam. Sambung baca lagi baiiii »


Hari tu aku kena sound dengan Nuffnang. Diorang sound aku apsal aku tak letak ketiga-tiga jenis banner diorang dekat blog. Senang sikit diorang nak carikan aku advertiser sebab kebanyakan advertiser suka blog yang diorang nak tempah iklan ada Large Rectangle punya banner. So senanglah diorang nak menempel apa-apa produk atau campaign diorang kat blog aku ni. Sebelum ni aku hanya tempelkan code banner Large Rectangle dekat ruangan comment saja dan tak boleh nampak jika orang view home blog aku. Iklan tu hanya akan nampak pada single post saja pada ruangan comment.

Jika aku nak blog aku dapat mengoptimumkan pendapatan dengan Nuffnang, aku perlu ikut apa yang diorang syorkan pada aku. Team Nuffnang syorkan aku betulkan kedudukan banner code iklan mereka seperti yang diorang beritahu di add ads dalam profile Nuffnang. Unit iklan Leaderboard dan Skycraper sepatutnya boleh dilihat ketika blog sedang loading. Unit iklan Large rectangle pula seharusnya berada di bawah post pertama blog. Jika aku ikut tips ini, aku dapat memudahkan Team Nuffnang untuk menjual unit iklan di blog aku dengan lebih berkesan. Weh! Memang betullah diorang cakap macam ni. Cuba korang tengok ni kalau tak percaya. Sambung baca lagi baiiii »