March 2009 Archives

Hanya entri simple tapi menarik untuk hari ini. Hari ini hari sibuk weh. Ada lebih daripada 20 tahi lalat punya rahsia. Huhu.. Wassalam.

Bibir atas kanan – banyak rezeki, pandai
Bibir atas kiri – ramai kawan, baik hati
Bibir bawah kanan – disegani orang, ramai yg suka
Bibir bawah kiri – pandai bicara, tak mudah kalah
Leher kanan – cerdas, jujur, berani menderita
Leher kiri – cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan
Leher di tengah – tercapai cita-cita
Biji mata kanan – suka serong dan pembohong
Biji mata kiri – pembohong tetapi baik hati
Hujung mata kanan – baik hati, sopan santun, cerdas
Hujung mata kiri – baik budi, murah rezeki
Betis kanan – suka berhibur, boros
Betis kiri – rajin,tidak suka menganggur
Lutut kanan – bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha
Lutut kiri – kurang kuat berusaha

Sambung baca lagi baiiii »


Baru-baru ini aku diperingatkan oleh kawan aku, Kimpit. Dia juga merupakan seorang Adsense Player seperti aku juga. Aku pulak tak aware sangat pasal polisi baru Google Adsense ni. Ada ternampak notice dalam akaun adsense aku tapi aku macam nak tak nak je klik so aku abaikan. Hehe.. Kimpit bagitau aku yang Google ada keluarkan polisi baru untuk Adsense dimana polisi akan berkuatkuasa serta merta pada 8 April depan.

Apa yang berubah? Sambung baca lagi baiiii »


Aku ada mengikuti perkembangan jaguh keirin Malaysia iaitu Azizulhasni Awang sejak sukan Olimpik di China yang lalu. Dia antara ahli sukan Malaysia yang berdaya saing tinggi. Mana taknya dia dah pernah jadi juara dunia untuk sukan keirin ni. Masa Olimpik 2008 haritu dia tak dapat masuk ke final sebab dia tewas dengan pelumba handalan dunia. Siapa entah nama dia aku tak ingat tapi pelumba handalan tu pun goyang dengan Azizulhasni ni sebab dia pun dok usyar si Azizulhasni daripada awal event.

Dia cakap Azizulhasni ni ada potensi besar di usia muda ini. Azizulhasni digelar the Flying Rocket oleh media antarabangsa. Fuhhh! Kalau aku dapat nickname macam ni, bukan kepalang kembang hidung aku. Azizulhasni kali ini ada tugas besar. Dia nak menyumbang satu lagi pingat emas untuk Malaysia dalam Kejohanan Basikal Trek Dunia di Pruszkow, Poland hari ini. Mari sama-sam doakan kejayaan dia! Chaiyok Azizulhasni! Gua trust you dude.. Gua tau lu boleh pergi jauh punya. Lu boleh menang punya malam ni. Baca ayat-ayat yang gua bagi semalam. Kalau korang nak update pasal dia boleh tengok kat Astro malam ni takpun pukul 11 malam kat TV1 kalau tak silap aku. Pandai-pandailah korang cari. Jom tengok video dia menang haritu.

Sambung baca lagi baiiii »


For the Muslims only : Ladies and gentlemen, boys and girls. We have no excuses. We can pray everywhere as long as the place is clean from NAJIS.

I stole this picture from my friend’s album. Muahaha!


Korang layan tak Malaysian Dreamgirl ni? Aku kalau sedang menyewa sebuah studio room di Capsquare Residence, dah lama dah aku layan program realiti ni setiap hari. Memandangkan aku menyewa rumah secara beramai-ramai, terpaksalah aku bersegan sikit nak tengok. Muahaha! Tujuan program realiti TV ni adalah untuk mencari bakat-bakat ehem2 yang terserlah untuk menjadi seorang model wanita antarabangsa yang berjaya. Ramai jugakla perempuan yang cun-cun masuk dalam program ni. Boleh buat para lelaki telan air liur jugaklah. Ahah!

Dalam ramai-ramai peserta ni, 20 orang kalau tak silap aku masa mula-mula aritu, ada jugak beberapa peserta kaum Melayu. Mereka adalah Ummi Farahnasuha (Farah, 17) , Nurliana Mohd Rafiai (Liana, 27) , Natasha Bt Mohd Johari(Natasha, 18) dan Shaheeda Salim Ahmad (Shasya, 20). Seks meksi jugak diorang ni tapi mak bapak diorang tak kisah ke? Baru-baru ni diorang ambil photoshoot sambil pakai bra dengan seluar dalam je! Fuhhh! Untung betul si photographer. Aku rasa macam nak tukar cita-cita plak. Hua3! Kalu korang tak per caya korang boleh usyar video ni Malaysian Dreamgirl Episode 8-1. Kalau aku jadi bapak diorang, dah lama selipar Tat Sing aku hinggap kat muka depa!

Sambung baca lagi baiiii »


Pernah tak korang kalau tengok cerita Hindustan ke, cerita Cina ke, cerita Hollywood ke dekat last-last cerita tu mesti ada tulis sari kata oleh Bavani Ratman. Korang familiar tak dengan nama tu? Huhu.. Tapi aku tak pasti nama tu betul ke tidak. Ahah! Kerja dia buat transcript je, translate daripada bahasa asing kepada Bahasa Melayu. Tapi sebelum tu dia kena dengar satu-satu apa yang pelakon dalam cerita tu cakap. Aku yakin pendapatan dia boleh tahan lumayan. Korang boleh je buat kerja-kerja macam dia ni online. Aku pernah buat kerja macam dia ni, aku cari client aku dekat forum-forum dan aku iklankan servis aku dekat sana. Lepas dah dapat sorang customer, buat kerja yang terbaik dan jadikan client tu setia dengan servis aku. Huhuhu.. Kadang-kadang client minta aku type apa yang orang dalam video tu cakap. Kadang-kadang kena type apa orang yang dalam audio cakap gak. Tapi yang paling selalu kena buat transkrip pasal interview je. Harga tu depends dekat korang, kadang-kadang client aku bagi lebih sebab servis bagus. Hehehe.. Nak tengok harga market pun boleh, usyar brape harga orang lain tawarkan dekat forum lain. Korang try lah ya.. Hehe.. Good Luck!

Sambung baca lagi baiiii »