February 2009 Archives

Aku tak tahu sama ada ramai orang yang layan TENET ni dah tau ke belum pasal Team Santai Forex ni. Tapi menurut pada sales letter diorang memang dah ramai yang join walaupun kosnya agak tinggi iaitu RM497 hingga RM500 . Biasalah, harga yang tinggi juga boleh membina kepercayaan orang terhadap sesuatu. Sudah semestinya teknik Team Santai Forex ni memang berjaya. Kalau tidak, diorang tak berani nak letak harga yang tinggi-tingi ni. Apa-apa pun kena juga bergantung kepada qadaq dan qadar (your forune, karma, nasib, luck) dan juga hasil usaha sendiri. Kalau diri sendiri tak usaha dan ikut teknik yang diterapkan, confirm KAPUT (hancur, rugi). Memang dah ramai berjaya buat duit dengan forex ni tau.

Walaupun design ministe diorang tak beberapa cun, tapi bukti teknik diorang memang cun gila. Cun melecun tahap Juliana Aziz berkemban kot. Hua3.. Diorang ada teknik diorang sendiri iaitu Teknik Santai Forex. Leader team ni adalah bro Mohd Afnan Bin Ya Zakaria kalau tidak silap aku. Ada 4 strategi/teknik yang akan diperkenalkan oleh team ini. Semua teknik ini boleh membantu para traders yang tua mahupun muda untuk menggapai 20-150 pips sehari. Kalau tak percaya, meh aku tunjuk screenshot income team diorang.

Sambung baca lagi dow »


Makin lama, makin ramai yang guna P1 Wimax ni. Korang dah try belum? Mana la tau kan. Kalau korang rasa Streamyx korang tu dah semput-semput bahasa, apa salahnya nak mencuba produk lain pulak. Hehe.. Takkan Streamyx saja nak memonopoli bidang ni selain Maxis, Celcom dan Digi. Aku rasa P1 Wimax ni hieraki dalam sistem diorang tak sama macam company lain. Aku dapat rasakan diorang lebih bebas sikit. Tak tahu lah kenapa. Hehe.. Aku dah cuba dah surf menggunakan board Quicksilver aku P1 Wimax ni masa dekat kediaman baru aku kat Setapak. Boleh tahan power dia. Kalah juga Streamyx. Dekat rumah sewa aku ni ada dua-dua. Streamyx dan P1 Wimax. Tamak haloba tak kitorang? Hua3..

Bukan apa, adalah sebab-sebabnya. Hehehe.. Tapi aku ingat nak subscribe jugak satu akaun P1 Wimax ni, bagi super duper laju lagi. Tak nak share ramai-ramai. Hoho.. Padahal dalam rumah tu berapa orang je. Pakej diorang pun berpatutan dan lagi cun berbanding pakej Streamyx. Kelebihan P1 Wimax ni, siapa-siapa yang takde line telefon rumah pun boleh pakai. Cun tak? Tak leceh nak kena pasang line baru. Hohoh! Just kena sumbat connector antara laptop atau desktop ke makhluk berwarna hitam dekat atas tu. Zass! Korang akan dibawa berlayar selepas itu. Keburukannya, it’s still new. tak semua tempat ada lagi. Tapi korang boleh request kat diorang kalau nak. Bila la kat Seremban nak ada. Bagi yang berminat boleh rujuk harga pakej kat sini -> Pakej Seksi

Sambung baca lagi dow »


Kredit : Media Malaya

Mungkin korang agak terkesima dengan tajuk post kali ni. Aku yakin korang pada mulanya mungkin agak pelik dengan gambar dekat atas ni. Tapi kalau korang usyar lama-lama sikit mestio korang nampak gambar apa sebenarnya. Perghh! Bagi yang mempunyai mata yang power tahap Power Rangers, mungkin sekilas pandang je korang dah tahu ni gambar apa. Aku tak power macam korang. Hehehe.. Gambar ini merupakan gambar photoshoot seorang artis yang dilahirkan daripada Akademi Fantasia iaitu Akma AF3. Dulu aku tengok Akma AF3 ni penuh dengan kesopanan dan ketatasusilaan. Tetapi dek kerana terpaksa mengenakan pakaian seperti di atas, segala di dalamnya dah terkantoi. Aku pun tak tahu ini salah siapa. Adakah ini salah Akma sendiri ataupun pihak yang berminat untuk mengambil gambar Akma AF3 ini? Korang rasa macam mana? Takkan diorang tak sedar langsung kot dengan gambar ni.

Sambung baca lagi dow »


My friend, Adly had sent me this Youtube video a couple of days ago. At first, i thought it was a video of an accident because the preview picture on the video show me someone is on the ground. Then after i play and watch the video from the beginning until the last second, i feel damn motivated. Yes i am more motivated after watching this video. I think there’s just a small group of people like Nick Vujicic and YOU might not like him. And for sure, YOU also should be more thankful as YOU have your own hands and legs.

Although Nick Vujicic don’t has any hands and legs, he still want to live. He never give up and he have the ability to give some talks about life and misery. He always happy and always find a way to get himself up and do whatever other people’s can do. He try and try. So, i think a normal human being like us should be more like Nick Vujicic’s inner side. Look at him and look at yourselves. What do you think? Do you think your life is worst than him? Come on, you have everything. Use it, not loose it.

P/S : English aku teruk? Haha.. Lantaklah..


Harini aku nak tahu sikit tabiat korang membeli sesuatu yang kau idam-idamkan dan dalam kes ini aku menggunakan external hard disk 250GB sebagai objek. Hehe.. Di sini ada satu kisah dalam membeli external hard disk 250GB. Fasha Sandha (bukan nama sebenar) ingin membeli sebuah external hard disk 250GB selepas dia dapati ruang HD di dalam laptopnya semakin penuh. Tambahan lagi, dia ingin menyimpan segala koleksi movie video kegemarannya yang dia nak ambil daripada Memey Suhaiza (bukan nama sebenar) dan macam-macam lagi yang nak disimpannya dalam external hard disk 250GB itu nanti.

Sambung baca lagi dow »


Ini merupakan video rakaman sidang akhbar mengenai kritikan Karpal Singh terhadap Anwar Ibrahim. Aku dapat fahami daripada video ini bahawa Karpal Singh juga menyuarakan tidak kepuasan hatinya terhadap pemimpin DAP yang lain kerana tidak menyokongnya di sebalik menyokong Anwar Ibrahim. Mari kita saksikan sama-sama video ini.