
Aku dari dulu lagi tak puas hati kalau masa aku nak masak telor goreng. Sebab hasil selepas proses aku memasak, keadaan telor tu tak seperti yang aku nak. Telor tu mesti kadang-kadang sedikit hangus dan ada juga yang bersepah-sepah bentuknya. Tak lawa macam ibu aku masak untuk aku. Hohoho.. Aku tengok ibu aku masak senang je, menjadi je telor tu. Clean je bentuknya, ala-ala macam makan dekat hotel lah telor goreng tu. Aku pun tak pasti macam mana step by step nak memasak telor goreng yang mengiurkan bentuknya. Haha! Gambar-gambar yang aku tunjukkan dalam post ni aku ambil masa aku masak pagi semalam. Tak tahan sangat dengan kelaparan yang melanda, memandangkan ibu aku tengah kerja, jadi aku pun memasaklah. Haha..





