December 2008 Archives

Seminggu dua yang lepas aku pergi melawat ke rumah seorang kawan kenalan aku ni. Aku datang bersama dengan dua orang lagi kawan aku, Arip dan Zali. Kitorang datang rumah kawan aku Mat Pau sebab nak jemput dia pergi lepak-lepak dekat Seremban. Nak cuci mata melihat gadis-gadis Seremban yang kian maju. Wahahaha.. Cayalah orang Seremban. Sebelum aku masuk rumah Mat Pau, dari jauh lagi aku nampak dekat rumah dia ada lebih 13 buah kereta! Banyak gila! Aku pun hairan sebab sebelum ni rumah dia memang lengang. Yelah, rumahnya besar dan ruangnya melebar luas. Hoho.. Aku tanye dekat Mat Pau siapa punya kereta banyak-banyak ni. Dia cakap semua tu anak buah dia punya. Perghh.. Budak tu muda lagi kot. Banyak betul kereta dia. Aku tanya Mat Pau lagi, dia buat apa kerja apa sampai dapat beli semua kereta ni.Teruskan membaca..

Sambung baca lagi baiiii »


Tak dinafikan blogger di Malaysia semakin lama semakin ramai. Aku rasa blog sudahpun menjadi satu trend kepada setiap orang. Boleh dikatakan sesiapa yang tidak ada blog tu, tak up to date dengan perkembangan semasa. Hahaha.. Apa lagi, mulakanlah blogging! Aku syorkan kepada sesiapa yang nak mulakan blog, lebih baik membeli domain sendiri jika ada sedikit modal kerana ianya lebih baik daripada yang percuma. Tetapi jika korang tidak ada sebarang modal untuk bermula, bolehlah gunakan platform percuma seperti Blogspot dan WordPress. Bila kita dah mula blogging, kita pasti akan berinteraksi sesama empunya blog yang lain. Yelah, blogger Malaysia memang baik hati kalau bantu-membantu untuk meningkatkan taraf blogger di Malaysia ni. Kalau kita hidup berjiran, kita akan selalu memberi sedikit buah tangan untuk jiran kita sebagai tanda persahabatan. Namun di dunia blogger, cara penghargaan tu diadaptasikan dengan memberi tags kepada rakan-rakan blogger yang lain. Korang setuju tak? Hehe..  Sebenarnya aku dah ditag dua hari lepas jadi akan membalasnya hari ni.

Spread The Love Award

Sambung baca lagi baiiii »


Yes! Masalah Tiada Kad Kredit/Debit

Sebenarnya ramai orang yang nak mencari duit duit lebih melalui internet tetapi kebanyakkan mereka langsung tidak membuat kajian mengenai prosedur yang betul untuk menyertainya. Pada mulanya mereka yakin dengan menyertai sesuatu program melalui internet akan membuahkan hasil. Apabila sampai di satu tahap mereka akan rasa tidak puas hati kerana mereka tidak pernah menerima sebarang bayaran melalui program tersebut. Banyak kes seperti ini sudah terjadi. Sebenarnya mereka tidak tahu bahawa mereka perlu update cara pembayaran terlebih dahulu kerana ada di antara program menjana wang di internet memerlukan Paypal ataupun kad kredit@debit untuk menerima bayaran komisen. Bukan hanya dengan menghantar cek ke rumah melalui alamat yang telah diisikan semasa pendaftaran. Teruskan membaca..

Sambung baca lagi baiiii »


Baru-baru nie berita gempar mengenai Awie yang dikatakan ketua samseng kumpulan Naga Merah yang mengenakan yuran keahlian sebanyak RM3,XXX . Perghh, mahal tu geng. Kalau betullah Awie menerima wang sebanyak itu, tak mungkin dia nak terus bekerja untuk dunia seni hiburan lagi. Buat penat dia sajalah kan. Truetone handphonenya tak berhenti-henti berbunyi sejak tersiarnya cerita mengenai dia terpampang di surat khabar Metro Ahad 14 Disember lalu. Dia terasa seolah-olah dia merupakan seorang pekerja di bursa saham dek kerana panggilan yang bertalu-talu. Teruskan membaca..

Sambung baca lagi baiiii »


Im 83 Now , 20th Dec 2008

Selamat Hari Lahir aku ucapkan kepada Tun Dr Mahathir walaupun aku tau Tun takkan terbaca post aku mengenai beliau pada kali ni. Hehehe.. Melainkan kalau Tun Dr Mahathir akan search pasal Linda Jasmine. Satu gurauan daripada aku. Aku sangat mengkagumi Tun Dr Mahathir kerana beliau mempunyai buah fikiran yang bermutu dan telah banyak menyumbang untuk Malaysia. Walau apa jua pun keadaan yang melanda negara kita masa dulu, dia pasti ada idea nak menyelesaikan segala masalah tu. Aku rasa jasa Tun Dr Mahathir begitu banyak dan dia telah bawa banyak kemajuan kepada Malaysia ni ke arah kemodenan dan meletakkan Malaysia sebagai salah sebuah negara kecil yang elite. Dialah ‘Bapa Pemodenan’. Aku rasa, tanpa adanya dia dan segala sumber yang ada dekat Malaysia ni, kemungkinan besar aku tak dapat online macam ni. Jom usyar gambar jasa-jasa Tun Dr Mahathir.. Chaiyok!

Sambung baca lagi baiiii »


Aku tahu ramai di antara kita yang menggunakan Facebook sebagai laman yang menemukan kita dengan mana-mana kenalan untuk berhubung. Sesuai untuk kawan yang sudah sedia ada atau untuk mencari kawan baru. Hoho.. Dan tidak lupa juga kepada yang masih membujang sampai sekarang, Facebook adalah salah sebuah laman sosial yang mempunyai ramai awek untuk ditackle sebagai penyeri hidup masing-masing kelak. Ahahaha.. Dah! Cukup-cukup.. Masa untuk aku serius dengan post aku ni..

Sambung baca lagi baiiii »