
KURANG PANDAINYA MEREKA!
Baru-baru ini negara kita digemparkan dengan sebuah lagi kumpulan ajaran sesat yang kononnya akan membawa kesejahteraan di dunia dan akhirat serta mengakui kumpulan mereka adalah yang paling beriman dan murni. Ceh!! Perosak agama dan bangsa betul diorang ni. Kali ini kumpulan ajaran sesat ni berkonsepkan MLM la pulak. Ini merupakan taktik baru kumpulan ajaran sesat ini untuk menambahkan pengikutnya dan juga cuba meraih sedikit keuntungan daripada ahli mereka. Selain itu, para ahli juga boleh mendapat kelebihan jika membawa ahli baru menyertai kumpulan ajaran sesat yang tidak bermoral ini.
Jika ahli ajaran sesat MLM ini dapat menarik lagi banyak ahli baru menyertai kumpulan mereka, maka lagi banyak solat mereka dapat dilangsaikan. Lagi satu, jika sesiapa yang menjadi ahli MLM ajaran sesat ni, mereka akan dianggap suci sebab mengikut jejak Rasul. Apa yang lebih memeranjatkan aku lagi, ahli kumpulan diorang ni terdiri daripada ahli perniagaan,ahli politik,korporat dan juga pelajar-pelajar IPT!
Diorang ni takde akal ke apa? Ada sesiapa boleh jawab? Takkanlah dengan keistimewaan yang tak masuk dek akal macam tu pun dengan senang-wenangnya tergerak nak jadi ahli kumpulan ajaran sesat tu. Heghan gilo den!! Aku rasa mungkin diorang ni iman tak kuat kot sampai terpedaya dengan janji palsu tu. Takpun diorang ni tak ambil PMR or SPM sebab aku ingat lagi aku pernah belajar pasal kumpulan ajaran sesat yang ada dekat Malaysia dan pada zamn-zaman dulu.
Walaupun iman aku ni takdelah sekuat mana pun, tapi aku masih lagi dapat berfikiran dengan waras. Kalau yang artis dan ahli korporat ni mungkin diorang bajet nak dapat pengaruh. Tapi yang pelajar IPTA ni apa cerita? Nasib baik ada jugak yang sedar dan keluar dari kumpulan MLM sesat ni. Kalau tak, lagi ramailah balaci-balaci yang menyekutukanNYA. Korang berjaga-jaga, jangan sampai ada ahli keluarga korang atau kawan yang buat benda macam ni. Jika terjadi perkara sebegini, korang lempang je individu tersebut. Maaf sebab pada post kali ni aku agak garang sedikit. Muahaha!!
Apabila terjadi perkara macam ni, sudah pasti syarikat-syarikat MLM juga akan terasa kesannya. Ada juga MLM yang bagus tapi disebabkan perkara-perkara macam ni mungkin menutup peluang beberapa individu untuk mencari rezeki. Hoho! Walaupun aku dah lali dengan MLM tapi aku tetap tabik dekat orang yang join MLM. Diorang benar-benar dah mengubah aku.
Aku tak nak ikut ahli korporat yang kurang pandai tu, baik korang ikut budak ni : Ammar Zahar
P/S : Jangan lupa solat!! Takde langsai-langsai!!







