Get Your Free Domains Now
Di sini aku nak mengumumkan bahawasanya, aku telah pun mempunyai satu domain baru yang URLnya sebegini www.GosipBoy.com . Hoho.. Lebih menarik lagi aku telah mendapatkan domain ini secara percuma sahaja!! Betul, aku tak tipu. 100% percuma!! Kenapa aku pilih GosipBoy.com ? Hehe.. Korang faham-fahamlah kecenderungan aku terhadap bergosip ni dan lagi satu blog gosip sekarang ni memang sangat-sangat popular. Jadi dengan adanya domain percuma ni aku kan lebih fokus dengan niche aku. Hoho.. Mudah-mudahan semuanya ok.
Buat pengetahuan korang semua, aku dapat email ni daripada seorang hamba Allah ni yang aku tak kenal siapa dia. Dia menawarkan aku domain percuma dan aku ingatkan main-main je, but I just give it as a try. Manalah tau kot2 dapat kan. Lepas aku klik link yang terdapat dalam email tersebut, aku dibawa ke halaman ini - Get free website for your blog. Pihak yang menawarkan perkhidmatan ini merupakan dari HyperWebEnable.com. Jadi bagi sesiapa yang belum ada domain sendiri dan masih lagi menggunakan blog percuma, jangan lepaskan peluang ini sebelum diorang letakkan harga pulak. Dapatkannya sementara masih percuma sebab servis ni masih baru lagi.
Jom Register : HyperWebEnable.com
Kisah Surat-Menyurat Aku Bersama HWE :
1. Email Pertama - Selepas aku register dalam tempoh sehari, aku dapat email dari admin HWE yang mengucapkan terima kasih kerana apply servis diorang dan aku dikehendaki reply email tersebut untuk pengesahan. Jadi aku pun reply dengan ayat bodek-bodek aku serta ucapkan thanks. Hehe.. Email tu turut sertakan details masa register haritu.
2. Email Kedua - Email ni bagitau aku yang domain aku apply dah ada orang pakai, jadi diorang mintak aku pilih domain yang lain. Mula-mula aku pilih OhSnap.com , tak sangka pulak ada orang dah pakai. Oh, allahuakbar. Jadi aku pun reply email tu dengan domain baru yang aku nak. Baikkan diorang?
3. Email Ketiga - Aku diminta untuk confirmkan domain aku yang baru tu dan aku pun reply macam No.2
4. Email Keempat - Admin HWE cakap diorang dah registerkan domain aku tu, nanti diorang hantar details. Aku tanya boleh tak apply domain baru lagi lepas selesai yang first time punya.
5. Email Kelima - Diorang cakap kita boleh apply domain baru selepas sebulan daripada domain pertama lulus dan admin diorang mintak kita popularkan servis diorang yang baru tu. Aku sekali lagi reply dengan ayat bodek aku. Hoho!
6. Email Ke 6 & 7 - Aku ditanya dah dapat ke belum details domain aku. Aku cakap belum dan lepas tu diorang hantar lagi sekali. Aku terimanya denga happy. Yahoo!
Ciri-Ciri HWE :
- Percuma domain pilihan korang dan 1GB webspace serta unlimited bandwith!! Aku rasa Dot Com je.
- Unlimited email dan script pilihank korang. Sama ada blog,forum ,CMS dan macam-macam lagi.
- Dapat technical support untuk website kita tu nantiĀ dan diorang akan guide nak naikkan PR , ranking blog dan traffic kita. Baiknya!!
- Free renewal domain dan kita bebas letak ads apa-apa!!
- Yang paling penting, no hidden fees.
- Diorang akan letak 4 ads pada blog kita jika visitor < 100 sehari dan 2 ads visito > 100 sehari
- Ads diorang akan diletakkan pada top dan bottom post serta pada footer.
- Kita boleh control blog dan FTP sepenuhnya jangan risau.
- Boleh install apa-apa theme dan plugin.
- HWE tak bagi kita usernam cPanel or hostingĀ tapi diorang gunakan plugin OneClick Install. Aku dah try untuk theme aku, ianya mudah!! Boleh usyar www.GosipBoy.com
Baik punya servis kan? Hoho.. Jadi jangan lepaskan peluang ni -HyperWebEnable.com- dan tips aku , korang bodek-bodeklah diorang. Cakap nak sebarkan kat semua orang gila-gila dan ucap terima kasih. Kalau ada apa-apa nak bincang dengan diorang pun boleh tu. Just reply je email yang dioang bagi nanti.
P/S : Baik punya kan? Hoho..

























November 28th, 2008 at 11:41 am
hohoho..ko kaki bodek lah ni ye?hi hi hi hi
November 28th, 2008 at 11:47 am
terima kasih bro atas maklumat ni.. tapi sampai bila yer domain ni free…??
November 28th, 2008 at 11:50 am
bro,
dah hantar. aku klu menda free ni memang apply jerk,
pakai tak pakai tuh belakang kira hehe
November 28th, 2008 at 12:33 pm
farahaznil> haha..bodek2 ni sudah pasti
Zyan> sama-sama bro.. Tak tahulah.. cepat jgn terlambat
lankapo > hoho..baguih2.. ikut cara aku tu
November 28th, 2008 at 1:25 pm
wah mcm menarik je~~
November 28th, 2008 at 4:15 pm
dah register under ko.. dah dapat confirmation skrg tunggu approval..
thank kiu
November 28th, 2008 at 4:35 pm
Callister > Hoho..kalau dah tau menarik, apa lagi..jangan lupa apply..kang melepas pulak..haha
Nuamen > good job bro!! jangan lupa bodek2 tu..hehe
November 28th, 2008 at 9:05 pm
aku dah dapat dah benda ni. siap dapat domain free dan hosting lagi dah. aku tak promote affiliate. aku benci satu jer ttg ni. server lambat giler dan kerap sangat down. Mood aku dah hilang blogging kat blog aku tu.
Ni domain aku . ekekeke http://freeinternetidea.com Aku nak biarkan jadi pupus. malas dah aku.
mungkin betul kata orang. Benda yang percuma sememangnya selalu disia-siakan. apa apa pun memang dia bagi free.
November 28th, 2008 at 11:26 pm
buat masa ni..aku punya ok lagi
heee..
bagi yang takde domain, jgn sia-siakan ok..
November 29th, 2008 at 10:35 am
hehehehe. ok jer. ko buat betul betul mesti masyuk duit tu. aku hari tu tak cukup ilmu lagi. hahahah. nak revamp keseluruhan blog tu aku rasa takder masalah. pastu jual link. wakakaka, hancur la domain tu lepas tu. ekekeke
November 29th, 2008 at 2:53 pm
wahh, bapak kejam taukey..nak jual domain..hoho..kau jual tak?
November 30th, 2008 at 3:44 pm
hehe. aku ada promote benda nih dulu. hehe
November 30th, 2008 at 4:00 pm
hoho..aku dah terlambat dah titan.. tapi yg aku tau, skarang ni diorang makin lama makin bgus..server pun dah laju
December 6th, 2008 at 11:53 am
macammana nak daftar domain percuma?