Gempar! Puan Lisa Hasilkan RM4329.30 Dalam Masa 3 Hari Saja Dengan Youtube. Klik Sini.
Powered by MaxBlogPress 
Browse > Home / Isu Semasa / Ajaran Sesat Versi MLM

| Subcribe via RSS


Ajaran Sesat Versi MLM

November 21st, 2008 Posted in Isu Semasa

KURANG PANDAINYA MEREKA!

Baru-baru ini negara kita digemparkan dengan sebuah lagi kumpulan ajaran sesat yang kononnya akan membawa kesejahteraan di dunia dan akhirat serta mengakui kumpulan mereka adalah yang paling beriman dan murni. Ceh!! Perosak agama dan bangsa betul diorang ni. Kali ini kumpulan ajaran sesat ni berkonsepkan MLM la pulak. Ini merupakan taktik baru kumpulan ajaran sesat ini untuk menambahkan pengikutnya dan juga cuba meraih sedikit keuntungan daripada ahli mereka. Selain itu, para ahli juga boleh mendapat kelebihan jika membawa ahli baru menyertai kumpulan ajaran sesat yang tidak bermoral ini.

Jika ahli ajaran sesat MLM ini dapat menarik lagi banyak ahli baru menyertai kumpulan mereka, maka lagi banyak solat mereka dapat dilangsaikan. Lagi satu, jika sesiapa yang menjadi ahli MLM ajaran sesat ni, mereka akan dianggap suci sebab mengikut jejak Rasul. Apa yang lebih memeranjatkan aku lagi, ahli kumpulan diorang ni terdiri daripada ahli perniagaan,ahli politik,korporat dan juga pelajar-pelajar IPT!

Diorang ni takde akal ke apa? Ada sesiapa boleh jawab? Takkanlah dengan keistimewaan yang tak masuk dek akal macam tu pun dengan senang-wenangnya tergerak nak jadi ahli kumpulan ajaran sesat tu. Heghan gilo den!! Aku rasa mungkin diorang ni iman tak kuat kot sampai terpedaya dengan janji palsu tu. Takpun diorang ni tak ambil PMR or SPM sebab aku ingat lagi aku pernah belajar pasal kumpulan ajaran sesat yang ada dekat Malaysia dan pada zamn-zaman  dulu.

Walaupun iman aku ni takdelah sekuat mana pun, tapi aku masih lagi dapat berfikiran dengan waras. Kalau yang artis dan ahli korporat ni mungkin diorang bajet nak dapat pengaruh. Tapi yang pelajar IPTA ni apa cerita? Nasib baik ada jugak yang sedar dan keluar dari kumpulan MLM sesat ni. Kalau tak, lagi ramailah balaci-balaci yang menyekutukanNYA. Korang berjaga-jaga, jangan sampai ada ahli keluarga korang atau kawan yang buat benda macam ni. Jika terjadi perkara sebegini, korang lempang je individu tersebut. Maaf sebab pada post kali ni aku agak garang sedikit. Muahaha!!

Apabila terjadi perkara macam ni, sudah pasti syarikat-syarikat MLM juga akan terasa kesannya. Ada juga MLM yang bagus tapi disebabkan perkara-perkara macam ni mungkin menutup peluang beberapa individu untuk mencari rezeki. Hoho! Walaupun aku dah lali dengan MLM tapi aku tetap tabik dekat orang yang join MLM. Diorang benar-benar dah mengubah aku.

Aku tak nak ikut ahli korporat yang kurang pandai tu, baik korang ikut budak ni : Ammar Zahar

P/S : Jangan lupa solat!! Takde langsai-langsai!!

Please Submit To Anywhere :
  • Facebook
  • del.icio.us
  • BarraPunto
  • De.lirio.us
  • StumbleUpon
  • Furl
  • blinkbits
  • BlinkList
  • blogmarks
  • Blogosphere News
  • Digg
  • TwitThis
  • Technorati
  • Reddit

34 Responses to “Ajaran Sesat Versi MLM”

klik di sini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti


  1. Afzai Afandi Says:

    kesian…. beginilah jadinya apabila ajaran Islam hanya berpandukan akal fikiran semata2 dan bukannya Ai-Quran dan Hadis sebagai rujukan.

    p.s. Yang aku pelik tu…yang bertudung pun leh terpengaruh ngn group sesat larat ni


  2. Richie Says:

    haaa..tu la pasal.. ada jugak org2 yg alim join MLM sesat ni..entahla..


  3. JK Says:

    rosak2…nilah bila duit mengaburi mata manusia :D


  4. callister Says:

    mcm ni punya ajaran sesat pun ada?


  5. Richie Says:

    sakarang ni, sebab duit macam2 yang boleh berlaku..hamlau kan?


  6. |1f34|-|1r3 Says:

    ni la menunjukkan kat dunia ni ada macam jenis orang…dari sepandai2 manusia..sampai la sebangang2 manusia !


  7. Richie Says:

    haha..pastikan waris kita takkan jadi mcm ni


  8. Taukey Says:

    ha ha ha….aku pelik tgk orang cam ni. apa daaaaa….bahaya main tarik pelanggan guna agama agama….


  9. Richie Says:

    haaa..memang neraka jahanam la diorang nye jawapan


  10. mazuki Says:

    mcm ni ade yea


  11. emme Says:

    Ni la jadinya kalau pandai sangat…


  12. zool Says:

    Kenapa dia panggil MLM??
    Kalau dapat ahli dapat komisen bertangga ek???
    hebat tul.. ajaran sesat pun guna marketing tu.


  13. KampungBoy Says:

    Mula2 tergelak gak …tengok tajuk ko nie…Yela, ajaran sesat ada gak MLM ek


  14. ijamidayu Says:

    Fuh!! Giloz.. Ajaran sesat pun wat MLM.. Masyuk….


  15. Richie Says:

    emme > a ah..bijak sgt smpai pk yg bukan2.. haihh

    zool > sbab dapat komisen tak pyh solat.. bangang kan?


  16. Richie Says:

    KampungBoy > haha..aku tau pun kat paper la.. kau tak baca ke?

    ijamidayu > kumpulan tu yg masyuk..ahli dpt benda yg bukan2


  17. titan Says:

    hoho..ada gak aku baca berita semalam. kelakar pun ada. lantak diorang la. benda ni mudah aje. Jangan kita pening-peningkan.


  18. Richie Says:

    Titan > memang mudah tu, tapi diorang still taksub nak join..adoii


  19. weypoul Says:

    senang je cite..same ade kurang didikan agame x pn da kne sihir..haha..tp kaye dowh dyorg nnt..huhu


  20. Johan Ariff Mohammad Says:

    Ini macam MLM pun ada ke?Still boleh buat sales kat Malaysia nie.Kagum2 aku.Baik buat Vemma ye tak kuikuikui!!


  21. Richie Says:

    haha..kalau buat vemma memang aku setuju sgt


  22. AGK Says:

    Actually ‘ajaran MLM’ ni adalah ajaran Gerakan Pemuda Kahfi. Bila kata MLM tu, adalah bila sampai 1 tahap, ahli baru di minta untuk membawa seberapai ramai ahli baru masuk. Bukannya buat berniaga cara MLM pn…

    Setiap hujah dan ajaran diorg tu dia support dgn ayat Al-Quran. So be carefull la klu korg ada rezeki jumpa diorg. Sbb bukan mudah nk berdebat dgn diorg.


  23. Richie Says:

    hurmm..pemuda kahfi? taktau sangat..kena cari kat google ni..


  24. bernama Says:

    korang jgn sng2 nak ketawakan org yg tersesat jln.. adakah ALLAH suka pada org yg mentertawakan saudara mereka yg tersesat?
    takut2 ALLAH turut tak redha pada kita yg mentertawakan..

    kalian mesti kaji perkara ni..
    silap2 ari bulan klu geng2 depa approach korg pun korang tak tau..
    tetiba dah ter-join sama..

    kalian tawakan org yg tersesat seolah2 iman kalian kuat?
    apakah beriman seorg muslim yg mentertawakan saudaranya yg terjerat?
    fikir2kan..


  25. Tyrx Says:

    ya lah kita pun tak tau dia orang ni betul ke tak. apa kata join dulu, baru tahu salah atau betul, macamana?


  26. malam Says:

    “Tyrx Says:
    December 2nd, 2008 at 11:30 am
    ya lah kita pun tak tau dia orang ni betul ke tak. apa kata join dulu, baru tahu salah atau betul, macamana?”

    Janganlah join untuk tahu salah atau betul. Sama macam minum racun baru tau mati ke tidak? Sepatutnya belajar agama terlebih dahulu. Kalau korang kata MLM pandai bercakap.. sebenarnya diorang study to manipulate untuk pertahankan cakap diorang.. Tak payah ler join MLM untuk tau betul atau tak.. OK!


  27. milla Says:

    alhamdulillah..saya n husband berjaya mengatasi mereka..benar mereka nih bukan mudah untuk berdebat dgn mereka..mereka juga tidak mengaku kalah..mereka suka mengatakan org yang tidak terlibat dengan mereka adalah golongan musyrik, kafir..astaghfirullah…semoga kiter sentiasa dilindungi oleh Allah s.w.t.


  28. bernama Says:

    bagus milla..
    sy rasa mereka yg pernah melalui ajaran ini @ ada maklumat ttg ajaran ni seharusnya bersatu membuat laporan secara terperinci demi mempertahankan Islam.

    malangnya terlalu ramai yang takut utk bersuara @ mgkn ada yg fikir “takpe la..aku xnk join..biar la org lain buat..yg penting aku selamat”


  29. loq Says:

    aku ngn bini aku join 3 or 4 kelas dah. alhamdulillah aku tak teruskan. aku dah email dah budak pompuan yg ajak aku ngn bini aku join tuh. just untuk tujuan dakwah & menyampaikan…tp bdak pompuan tuh blas balik…jap aku copy paste

    ………………..yg nih dia tulis……………………

    Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang…

    Salam Sejahtera..

    terima kasih atas info ko.. aku faham niat ko baik, takut terpesong.. tp aku lagi sedih dgn keadaan masyarakat zaman skg, lebih beriman kepada tulisan manusia, fahaman manusia daripada nak faham ayat2 Allah.. semua ayat2/wahyu2 Allah adalah perintah, dan antaranya memang berat untuk manusia memikulnya sehingga menyebabkan manusia ckp sesat dan tafsir ikut sendiri2..

    walhal apa yang kite baca tentang utk nak perbuat utk mengakhbarkan sistem Allah bukan sistem manusia dengan demokrasi dan sebagainya.. sistem Allah tu adalah satu, apa2 yg nak diperbuat adalah utk menyatukan umat Allah dengan satu fahaman dan satu aqidah..

    takpe la aku yakin dengan janji Allah.. aku tak gentar dgn mulut2 dan perbuatan2 manusia…
    biarlah antara Allah dan hambanya yang yakin, laksana dan tawakkal kepadaNya.

    surah 35 ( Faathir ) ayat 5. Hai manusia, sesungguhnya janji Allah adalah benar, maka sekali-kali janganlah kehidupan dunia memperdayakan kamu dan sekali-kali janganlah syaitan yang pandai menipu, memperdayakan kamu tentang Allah.

    yang aku tau Allah sentiasa bersama-sama org yakin dan nak perbuat..
    kite ni semua adalah Amanah, seperti yang Rasulullah dah buat, itu yang kami teruskan..
    ingatlah wahai saudara-saudaraku sesungguhnya agenda Yahudi tuk mematikan islam memang takkan padam

    hmmm :) tanpa kita sedar, setiap hari kita memohon utk murahkan rezeki dan pjgkan umur, tp kite tak sedar utk ape kite minta semua tu? adakah utk menjadi penolong agama Allah? tidak… tu semua adalah utk kepentingan sendiri…

    biaselah bile manusia diuji dgn kekurangan harta dan masa/jiwa utk diri sendiri, pelbagai fitnah dilontarkan.. walhal bukan sehari dua mengikuti kenapa sesudah bertahun2 baru nk ckp sesat..

    korang teruskanlah usaha korang tuk kembali kan kegemilangan islam, menyatukan hati2 umat islam supaya kuat.. kami dengan usaha kami.

    http://www.youtube.com/watch?v=quS63Eijxvs

    terima kasih…
    -aida-

    ……………..yg nih aku tulis awal2…………………

    Bismillahirrahmanirrahim

    http://gerakankahfi.blogspot.com/

    assalamualaikum….

    Aku tertengok pragramme 360 kat tv3 arituh….and baca artikel2 kat internet after that pasal gerakan pemuda al kahfi ni…..

    aku harap kita tak sampai terjebak / terpesong akidah kita di masa hadapan kelak.

    Sepatutnya kejadian2 seperti ini buatkan kita lebih sedar pentingnya kita terus memantapkan ilmu & iman di dada,

    agar tak mudah dimanipulasi.

    Sgt2 penting untuk kita dan anak2 kita kelak untuk mempunyai asas pengetahuan islam yang kukuh

    krn keadaan dunia sekarang yg semakin mencabar. Namun itulah DUNIA. Penuh penyelewengan, ketidakadilan & kesesatan.

    Insyaallah Allah permudahkan kita. Hakikatnya, hanya kita yg boleh bantu diri kita sendiri.

    Allah maha mengetahui lagi bijaksana.

    Untuk syiar / dakwah islam & demi akidah kita.

    Harap email ini tak ganggu n buat sesiapa marah sebab itu bukan tujuan aku.


  30. bernama Says:

    usaha yg baik loq..
    wlubagaimanapun jgn berhenti dr memberitahu kwn2 ttg bahaya ajaran ini..
    kita mesti sekat dahulu sebelum mereka jd mangsa


  31. alkahfi Says:

    Salam,

    Biasanya yang kekal lama dan terjebak dalam group ni perempuan…


  32. Richie Says:

    yeke?hmm…bro tolong la cegah diorang tu k


  33. Aqif Says:

    hmm
    harap perkara ini tidak akan berulang lagi..
    dah macam2 penipuan berlaku
    =(
    n benda ini seringkali berlaku pada umat islam dan bangsa melayu..


  34. AGK Says:


Leave a Reply