October 2008 Archives

www.NoorizamShah.com

Nama empunya gambar macho kat atas ni adalah Noorizam Shah..Anda boleh selalu berkunjung ke blog beliau di NoorizamShah.com . Setiap kali aku comment dekat blog dia aku gelarkan dia Bro Noorizam..Hoho..OK ke KO bro? Blog dia mempunyai nilai trafik yang sangat tinggi dan mempunyai ramai pembaca blog yang setia termasuklah aku..Hehehe..Banyak informasi yang aku boleh dapat dari blog dia yang terdiri daripada pelbagai kategori seperti isu semasa, panduan kewangan , cara-cara buat duit, tips-tips hangat Ebay, komputer dan macam-macam lagi..

Bro Noorizam sudah pun terkenal sebagai Ebay Specialist di kalangan blogger-blogger dan kaki online sedunia terutamanya di Malaysia..Dia mula bergiat aktif di Ebay pada tahun 2006 sehingga kini..Pada mulanya bukan mudah bagi Bro Noorizam untuk berjaya dengan Ebay..Tapi apa orang kata , ” Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”..Sudah bermacam-macam perkara yang dia sudah pelajari tentang perniagaan Ebay jadi semua ni macam kacang je bagi beliau sekarang..Hehehe..Setelah setahun dua menerokai Ebay, kini Ebay merupakan salah satu cara utama untuk Bro Noorizam memperoleh pendapatan bulanan dan juga harian!!Bukan calang-calang income Bro Noorizam ni dengan Ebay..Makan ribuan ringgit jugak!!Perghhh!!

Hasil daripada pengalaman dia untuk berjaya di Ebay , dia telah menghasilkan sebuah ebook yang bertajuk Kuasa Lelong..Korang semua boleh mendapatkan ebook ni di KuasaLelong.com . Ebook ni akan dapat membantu korang berjaya dalam perniagaan Ebay dalam tempoh yang singkat!!Apa yang penting sekali adalah kesungguhan dan keazaman yang tinggi dalam diri perlu ada..Adakah korang mahu berjaya seperti Bro Noorizam dalam masa yang lebih singkat daripada Bro Noorizam? Maka dapatkanlah ebook beliau..

Selain itu , Bro Noorizam pun ada membuat personal coaching face to face untuk yang berminat..Itu semua boleh diatur dengan menghubungi di blog dia..Dia juga ada membuat servis untuk mereka yang tak sabar nak kahwin dan dalam proses perancangan perkahwinan..Hehe..Dapatkan servis tersebut di Pelamin.net .

P/S: Bro Noorizam ni orang mana ya? N9 ke?


Pada 13 Oktober 2008 bersamaan pada hari Isnin , Syarikat BuluhMas yang menjalankan pengiklanan secara bergerak telah diserbu oleh Bank Negara Malaysia (BNM) kerana mempunyai nilai pelaburan berjumlah jutaan ringgit daripada rangkaian pelabur-pelaburnya dan BuluhMas dianggap sebagai salah satu perniagaan skim cepat kaya.Sebenarnya , BNM mendapati BuluhMas telah melakukan kegiatan pengambilan deposit tanpa lesen.

BuluhMas telah disiasat berdasarkan Seksyen 25 (1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 yang mana telah melarang sesiapa yang tidak mempunyai lesen daripada menerima dan mengambil deposit.Jika BuluhMas bersalah , syarikat itu berkemungkinan besar akan didenda tidak melebihi RM10 juta atau dipenjara selama 10 tahun atau kedua-duanya sekali.Bagi yang telah lama menyertai program yang disediakan BuluhMas sudah tentu mereka semua kan berasa goyang sekali..

Setahu aku , BuluhMas ini juga ada membuka sebuah kedai ala-ala 7Eleven untuk perniagaan mereka..Mereka juga ada menjual produk-produk hasil daripada industri kecil macam kraftangan dan kerepek-kerepek..Mungkin itu boleh dapat menyelamatkan BuluhMas..Sebab ramai yang dah join BuluhMas ni sampai budak-budak universiti pun ada yang join nak tampung perbelanjaan mereka..Baru je nak mula belajar buat bisnes , tengok-tengok kena serbu pulak..Siapa yang tak kecewa..Namun kes ni tak selesai lagi sehingga dihadapkan ke mahkamah.

Aku hairan jugak sebab BuluhMas ni boleh tahan lamanya..Sampi masuk surat khabar la jugak..Kenapa BNM tak serbu awal-awal lagi dari dulu..Korang rasa kenapa ya?Aku dulu ada berniat jugak nak join..Tapi masa tu takut-takut jugak sebab aku tak yakin sangat..Apa yang aku selalu fikir, kalaulah aku melabur sahaja tanpa mecari ahli-ahli baru untuk join BuluhMas ni, aku masih dapat pendapatan yang lumayan..Setiap bulan pula tu..Mampukah BuluhMas nak membayar aku satu hari nanti?Katakanlah tiada ahli baru yang join BuluhMas ni sampai bila-bila..Macam mana mereka nak bayar ahli-ahli yang dah join nanti?Haaaa…….Jawab2..

P/S: Siapa ada apa-apa maklumat baru tentang BuluhMas ni..Jangan lupa roger… :)


Klik To Enlarge And Clear The Image

Ni korang boleh lah usyar-usyar Top 100 Universiti Terbaik dekat dunia..National University Of Singapore dalam kedudukan ke-30 tu!!Lepas tu ada lg sebuah universiti dari Singapore dekat dlm Top 100 ni..Tapi Malaysia takde pun…Hmmm..Harap-harap tak lama lagi mana-mana IPTA atau IPTS dekat Malaysia ni bolehlah tersenarai…Singapore yang kecik tu pun boleh..Takkan Malaysia tak boleh kot..Kan2?Bagi mana-mana pelajar IPTA & IPTS dekat Malaysia ni..Jom sama-sama naikkan martabat Malaysia..

P/S : Baik aku further dekat Singapore je nanti..Balik raya pun senang.. :)


Nowadays , it’s like a must to the entrepeneurs and the businessmen or businesswomen to have their own website.It doesn’t matter if their business is small or big , the web is truely important for their business.Building a website that is attractive and full of information is the main purpose and challenge for the business to attract customer through the internet.But, it will not promise the customer to buy the product from the website.

When you only think with having a website can earn you a lot of profits for your business , that is the biggest mistake.You have to do some effective internet marketing to makesure that your business is making profit.You must have enough knowledge, time and effort to marketing on the net.Neither you are great marketer nor you still green in having a business online, you must have the knowledge to marketing on the net.Internet marketing is not easy as you think but it will be easier when you know how to do it.

P/S: Another post for my EAP task..hehehe


This was happened to me last Saturday..On the 4th October..Me and my friends ; Mario , Mat Pau and Nik planned to watch KAMI The Movie..While we were going to the parking lot we saw some JPJ’s staff were stopping every bikes that were exiting the parking lot..

Mario , ” Chie nanti nak balik kang kau bawak la skuter ni k?Kau bawak lesen kan?”.

Me , ” Ok2..Aku bawak lesen..Boleh la , walaupun fobia eksiden 2 tahun lepas masih ada lg..Haha”.

Then we went to buy the tickets and watch the movie..It was a nice movie for teens..KAMI The Movie was a little bit real story of their directors..After we watched the movie , we planned to have our late dinner at a mamak place call Bistro..As planned , Im gonna ride the scooter..As we try to exit the parking lot , our scooter had been stopper by the JPJ’s staff..He asked for my license and ID , and i gave it..Then he asked for the raod tax..Alamak!!Kantoi!! Mario forgot to bring the road tax..The JPJ man asked if the road tax is still active..And Mario said yes..If not the JPJ man want to hold the scooter at their place..

Then anather JPJ man saw the scooter key chain and he asked us if we had taking drugs for some time. because there’s Che Guevara face and logo..Is that the point?Hape daaa…We said we did not..By the way , im not smoke either..The JPJ man was curious and he asked us to take the URINE TEST..There’s the procedure :

1. Give ID to the JPJ attendance.

2. Take a small container.

3. Go to the public toilet.

4. Pee into the container and in front of the JPJ staff. (Its the procedure regulation)

5. Give the container to the JPJ  staff.

6. Examine the urine and wait for the result.

Finally!! We passed the urine test..But im wondering how they examine the result..As i can see at that time, our results was quite the same although im not smoke..Because Mario smokes..Then , we “lepak” at the mamak place..

Click on the image to see clearly

P/S: Aduhai , kenapa lah aku lambat update blog..Asyik busy jer..


Ingvar Kamprad dilahirkan di South of Sweden pada 1926 dan dibesarkan di sebuah ladang bernama Elmtaryd, berdekatan dengan perkampungan kecil Agunnaryd.Kamprad bermula berniaga sejak budak kecil lagi dengan menjual mancis kepada jiran-jirannya sambil menaiki basikal tuahnya.Dia mendapati bahawa dia boleh mendapatkan bekalan mancisnya secara pukal dari Stockholm.Kemudian dia menjual mancis-mancis tersebut dengan harga yang rendah tetapi dalam masa itu dia masih boleh mendapat keuntungan yang baik.Daripada hanya menjual mancis Kamprad kemudian membesarkan perniagannya dengan menjual ikan, hiasan pokok Krismas, benih, pen dan pensil.Semasa Kamprad berumur 17 tahun, bapanya telah memberi sejumlah wang kepadanya kerana berjaya dalam pelajarannya.Dia menggunakan wang tersebut untuk menubuhkan syarikatnya , IKEA.

Nama IKEA telah diasaskan oleh nama Kamprad (I.K) dan yang selebihnya (E.A) adalah abjad pertama dari Elmtaryd and Agunnaryd, nama ladang dan perkampungan dia membesar.Dia kemudian membesarkan lagi perniagaannya dengan mempelbagaikan produk termasuk dompet,jam tangan, barang kemas dan stoking.Apabila dia berkebolehan berurusan dengan pelanggannya berseorangan dia kemudian mendapat idea untuk menjalankan perniagaannya melalui pesanan surat (mail order) kerana pada masa itu tidak ramai menggunakan telefon.Kamprad mengupah pemandu van susu segar di perkampungannya untuk melakukan penghantaran produk.

Pada suatu hari, Kamprad telah mendapat idea yang baik untuk perniagaannya.Dia cuba untuk fokus kepada menjual perabot-perabot dan perkakasan rumah.Dia  juga bermula untuk menghasilkan hasil rekaan perabot sendiri dan kemudian menyenaraikan kesemua perabot-perabot tersebut di dalam sebuah katalog.Kamprad juga telah menggunakan konsep “showroom” untuk memudahkan para pelanggannya melihat dan mencuba sendiri perabot tersebut.

Kamprad mempunyai reputasi baik yang kekal dengan “murah”.Dia mengambil jalan bawah tanah untuk pergi bekerja dan dia hanya memandu kereta Volvo jenis lama.Dia juga menggalakkan para pekerja IKEA untuk menulis di kedua-dua bahagian kertas apabila menggunakannya.Kamprad merupakan seorang yang sangat berjimat cermat.Majalah Forbes menganggarkan kemewahan Kamprad sebanyak USD$33 Billion menjadikannya orang ke 4 terkaya di dunia..Wah,bayangkanlah..Daripada ideanya yang hanya menjual mancis , kini Kamprad telah pun berjaya memiliki jenamanya yang sendiri. IKEA kini telah pun di seluruh dunia sehingga mempunyai ratusan stor-stor..Jadi , kita tak bolehlah memandang remeh kepada sesiapa yang mempunyai idea untuk berjaya..Walaupun sekecil mana idea tersebut , itu mungkin titik permulaan bagi individu tersebut untuk success..Korang pun sama juga, kalau ade idea..Gunakan sebaik-baiknya..Buat kajian..Kaji pasaran..

Ingvar Kamprad

“Only those who are asleep make no mistake”

P/S: Bila dah ada rumah sendiri nanti, aku nak pakai barang-barang IKEA nie..Hehe..Orang cakap worth it..