
Korang pernah dengar nama Sam Walton ni tak?Errkkk..Kalau tak pernah , Wal – Mart mesti korang pernah terdengar , terbaca takpun tertengok..Hehehe..Buat pengetahuan korang , Wal-Mart ni merupakan pasar raya yang macam Giant , Bidin Mydin dan Tesco..Diorang menjual segala keperluan dalam harga yang paling rendah!! Sebelum nie Wal-Mart menggunakan slogan “The Lowest Prices , Guaranteed!!” , pada tahun 2007 slogan tersebut dah diperbaharui dengan slogan “Save Money,Live Better”.
Di sini aku cerita sikit pasal Wal-Mart dulu ya..Wal-Mart yang pertama telah dibuka pada 1962 di Rogers,Arkansas..Sebutan Arkansas adalah ar-kan-saw..Hehe..Aku pun baru tahu bila Sir Najmi bagitau aku..Prinsip Wal-Mart ni , diorang menjalankan instantaneous restocking yang bermaksud perbaharui stok dengan serta-merta..Ya la , bagus macam nie..Bila stok kita dah habis dan ada customer nak barang tu..Rugila kalau kena ambil masa 2-3 hari nak tambah stok baru..Kemungkinan besar customer tu akan lari ke tempat lain..Ni pendapat aku , biasalah Entrepeneur la kata kan..haha..Bayangkan pernjualan mereka yang paling dasyat meningkat dari USD313 million to USD1.2 billion dalam tempoh 1970-1980..Kaya gila Wal-Mart nie..Jual murah pun untung..Jumlah bilangan stor diorang semakin lama semakin bertambah..Yakni pada hari ini dah berpuluh-puluh Wal-Mart yang ada dekat US dan ada juga beberapa dekat negara lain..Aku ada baca pasal Wal-Mart nie , bukan senang diorang nak success macam ni.

Sekarang aku nak cakap pasal Sam Walton plak yang pernah dapat tiltle The Richest Person In US pada satu masa dulu..

- Full Name : Sam Moore Walton
- Born : 29 March 1918
- Birthplace : Kingfisher , Okhlahoma
- Died : 6 April 1992 (Multiple Myeloma)
- Best Known As : Founder of discount retailer Wal-Mart
Sam Walton ni dulu datangnya dari sebuah keluarga yang miskin..Dia sentiasa cuba untuk memperbaiki keluarga dia , tolong mak bapak dia..Dia memang minat berniaga dari kecil lagi..Dia merupakan seorang pelajar yang versatile..Maksudnya macam-macam dia buat dan bagus dengan benda tu..Bersukan dan pelajaran dia cemerlang..Masa dia tengah belajar , dia buat macam-macam kerja part time nak bayar yuran pelajaran dia..Handal kau jang Dia tak bergantung dengan ibu bapa dia..Pernah jadi waiter , pemerah susu lembu , budak penghantar surat khabar dan tak ketinggalan budak kutip botol..Waaaa, sape yang jadi pengutip botol mesti hebat macam dia ni.. haha..Dia pernah masuk ke Wharton School of Business..Ni universiti yang paling hebat ,kalah Harvard mahupun Oxford dan Babson..Sebab bukan calang-calang orang boleh masuk sebab kena always 4 flat!! Anak Donald Trump iaitu Ivana Trump belajar dekat Wharton ni dulu..Namun begitu , Sam Walton tak sempat belajar sampai habis kerana tak mampu nak bayar yuran yang mahal gila..Dipendekkan cerita , lepas dia graduate dekat college sebeum ni iaitu University of Missouri dia bekerja sekejap dengan sebuah company dan kemudian dia berhasrat nak buak retail store dengan sokongan ahli keluarga dia dan sedikit pinjaman..Kemudian jadilah Wal-Mart
Sam Walton’s Quote
” Commit to your business.Believe in it more than anybody else “