Semalam merupakan hari aku membeli-belah untuk persiapan Hari Raya Aidilfitri aku..Dalam kepala aku semalam aku ingatkan nak beli macam-macam..Ada la aku beli 2 helai t-shirt Topman dan sehelai jeans Lee..Maybe aku nak beli di lagi di hari yang lain..Tapi semalam aku ingatkan nak beli kasut tetapi aku membatalkan hasrat aku sebab aku ternampak buku yang selalu sangat aku belek-belek dekat MPH..Akhirnya aku beli juga buku ni..15 Teknik Efektif Internet Marketing.

Buku ini telah dikarang oleh saudara Fuad Latip yang merupakan salah seorang IM juga..Beliau adalah seorang pensyarah di Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi MARA yang banyak mengadakan bengkel berkaitan dengan pembangunan laman web..Beliau juga mempraktikkan segala teknik di dalam buku ini bagi tujuan bisnes sendiri.

Siapa yang patut baca buku ni :

  • Usahawan
  • Eksekutif pemasaran
  • Konsultan
  • Pereka laman web
  • Blogger

Buku ini dapat memanfaatkan sesiapa dari segi :

  • Mempromosi produk dan perkhidmatan perniagaan menerusi laman web dengan efektif
  • Menambah pelanggan perniagaan dengan mudah dan cepat
  • Mewujudkan jaringan perniagaan tanpa had
  • Memasarkan perniagaan di internet dengan menggunakan newsgroup,mailing list,e-zines,affiliate,opt in,web rings dan lain-lain.
  • Meningkatkan jumlah pengunjung datang kembali kepada laman web anda.

    P/S: Aku galakkan sesiapa yang baru berkecimpung dalam dunia IM ni , belilah buku ni ya.

    Related Posts with Thumbnails
    Share and Enjoy:
    • Facebook
    • Mixx
    • del.icio.us
    • BarraPunto
    • Reddit
    • Digg
    • BlinkList
    • Technorati