Drama Nur Kasih sudahpun tamat pada hari Jumaat yang lepas. Masa tamatnya cerita tu, last sekali masa ending tu semua ahli keluarga dalam drama Nur Kasih tu tengah menyambut Hari Raya. Kebetulan pada masa tu pulak memang Hari Raya Aidiladha. Ada yang cakap memang drama Nur Kasih saja buat ending hari tu. Diorang memang dah setuplah agaknya. Apa2 pun its a happy ending drama. Hehehe..

Aku masa mula2 dulu tak ikut sangat drama Nur Kasih daripada awal episod drama tu. Lepas tu dalam 3-4 episod dah berlalu barulah aku tanye member2 aku sedap ke tak drama Nur Kasih tu. Diorang cakap sedap gilo! Hahaha.. Kebanyakannya aku tanya budak perempuan la. Kalau tanye budak lelaki jatuh la ego sikit tengok drama2 jiwang ni. Muahaha! Lepas tu bermulalah ekspidisi aku membuat follow up dan study drama Nur Kasih semua episod satu persatu hinggalah yang up to date. Terima kasih diucapkan kepada Tv3.com.my.. :P

Teringat zaman arwah atuk aku masih ada :’(

Kompom2 ramai orang yang akan tercari2 video drama Nur Kasih lepas ni. Maka keyword “Link Download Drama Nur Kasih” akan melonjak naik dengan baik lepas ni. Hohoho! Walaupun dekat Tv3.com.my masih lagi ada slot untuk drama Nur Kasih, tapi manalah tahu kan kalau2 diorang nak buang slot tu daripada web. Masa tu tercanak2 la korang nak cari torrent video drama Nur Kasih. Muahaha! Drama Nur Kasih memang best bagi aku sebab mengisahkan cinta dan taatnya seorang isteri kepada seorang suami. Macam2 halangan dan tragedi yang berlaku dan memang sukar nak cari kisah cinta macam tu dekat dunia sebenar.

Ramai budak2 laki nak jadi macam Aidil tu kot sebab gaya dia memang style lah. Hahaha.. Lain macam style dia. Islamic jenis yang intelek punya. Bukan jenis macam budak2 alim masa aku dekat sekolah asrama penuh dulu. Bila dah naik U, masing2 dah naik hantu. Budak2 bega pulak yang jadi ok. Aku memang syorkan korang tengok drama Nur Kasih ni sampai habis. Aku pun ade 3 episod terakhir tak update lagi. Muahaha.. Episod las sekali haritu aku dah tengok dah. Kena wat follow up balik ni. Ayuh! Usyar gambar2 drama Nur Kasih yang best bagi aku.. Mari!!

Comelkan kalau awek korang pakai tudung macam ni.

Mengimamkan jemaah daripada awal sampai akhir solat memang antara hajat aku

Konflik percintaan Nur Amina dan Adam bermula

Koreng hidung tak censored

Kereta yang suka dipakai oleh Aidil

Sweet dow dia ni :P

Hari konvokesyen Nur Amina. Cun2!

Aidil yang sanggup dibelasah demi melindungi Adam.

Related Posts with Thumbnails
Share and Enjoy:
  • Facebook
  • Mixx
  • del.icio.us
  • BarraPunto
  • Reddit
  • Digg
  • BlinkList
  • Technorati