smart tag

Aku masih lagi baru menjadi pengguna Smart TAG dalam 2 bulan kalau tak silap selepas kekasih hati menghadiahkan device Smart TAG tu dekat aku. Thank you sayang. Sebelum ni aku hanya gunakan kad Touch N Go dengan alasan aku sanggup mengeluarkan tangan di tingkap untuk melepasi tol-tol satu Malaysia. Hehehe..

Sepanjang tempoh aku menggunakan Smart TAG ni banyak juga insiden yang telah melembabkan perjalanan aku ketika melalui laluan Smart TAG ni. Kadang-kadang sampai lagi lembab daripada lorong-lorong biasa. Sedih kan? Bengang pun ada.. Tapi kadang-kadang aku juga pernah menjadi punca lembab ni.. Wakaka! Sambung baca lagi baiiii »


Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung


rezeki perniagaan keluarga

Gambar ni aku ambil sebelum solat Jumaat dua atau tiga minggu lepas kalau aku tak silap. Disebabkan aku orang bujang, jadi aku hanya makanan segera yang sudah siap dimasak oleh sang peniaga. Aku rasa orang bujang kerap mengamalkan brunch. Teeeheee..

Sambil kunyah dan menelan, mata aku tak henti-henti perhatikan gelagat satu keluarga yang berniaga ni. Sebelum ni aku jarang beli dan melepak makan sambil duduk dekat akar pokok belakang gerai diorang ni, jadi aku tak tahulah diorang satu keluarga. Sambung baca lagi baiiii »


bil

Setiap orang mempunyai peranan dan tanggungjawab masin-masing. Malah semakin lama, semakin besar dan pelbagai tanggungjawab yang harus kita pikul. Ada tangungjawab yang wajib dilakukan pada atas kertas dan ada juga tanggungjawab yang kita tidak perlu bersetuju.

Walaupun kita tidak bersetuju tapi tanggungjawab tu sebenarnya yang menentukan nilai-nilai murni kita dalam diri ni. Nampak saja macam kecil tapi kesannya begitu besar sekali berbanding tanggungjawab di atas kertas. Sambung baca lagi baiiii »


Sekarang ni aku rasa cukup happy dengan apa yang ada. Family dan juga termasuk 2 orang buah hati baru aku. Aku rasa aku tak pernah sebahagia ini dan memang sebelum ni memangvaku harapkan keadaan aku seperti ini.

Aku anak tunggal dan dibesarkan oleh seorang ibu tunggal. Kasih sayang yang ibu beri memang cukup tapi masih ada lagi kekurangan yang mungkin ibu tak dapat nak beri. Jadi kehadiran 2 buah hati aku ini memang buat kehidupan aku sedikit berubah. Sambung baca lagi baiiii »


Tahun ini mungkin tahun kegemilangan terakhir bagi Apple selepas pemergian Steve Jobs. Mungkin ada yang boleh menerajui Apple selepas Steve Jobs, tapi sudah semestinya tidak segemilang sebelum ini.

Sebelum ni aku jarang dengar ucapan daripada Steve Jobs mengenai perkara selain daripada teknologi baru Apple. Namun setelah pemergian Steve Jobs baru-baru ini, hati aku terbuka nak usyar semua video Jobs yang ada di Youtube. Sambung baca lagi baiiii »